web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insiden Taman Tema: Pengendali Gagal Patuhi Arahan Sitaan, Beroperasi Tanpa Kebenaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 8:05PM

Dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika (ia) sedang berpusing di taman tema di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. - Gambar dari Facebook Friends of Bomba Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Arahan sitaan sudah dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ke atas pengendali taman tema di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor sebelum kejadian tiga individu terjatuh daripada permainan ‘Sotong Ride’ kelmarin, namun ia tidak dipatuhi pihak terbabit.

Yang Dipertua MPKS, Rahilah Rahmat berkata, sitaan itu dilakukan pada 29 November lalu, selepas permit operasi pengendali taman tema itu tidak diluluskan.

Katanya, selain tiada kebenaran MPKS, operasi taman tema berkenaan tidak memiliki permit polis serta kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Pengusaha taman tema itu memang ada membuat permohonan permit dengan MPKS. Namun, kita tidak meluluskannya dan menyitanya.

“Bagaimanapun, pihak berkenaan masih berdegil untuk beroperasi bermula Sabtu lalu, hingga mengakibatkan berlaku insiden malang itu,” katanya pada sidang media selepas meninjau tapak taman tema itu, hari ini seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata, pengendali taman tema itu hanya mendapat kebenaran daripada pemilik tapak atau tanah, bukan MPKS.

Jelasnya, MPKS turut memberi notis kompaun kepada pengusaha taman tema itu mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.

Rahilah berkata, kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

“Taman tema itu turut diarahkan tutup dan tidak boleh beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Pada masa sama, Rahilah menasihatkan semua pihak supaya mematuhi arahan ditetapkan dan tidak beroperasi tanpa permit.

Jelasnya, kejadian seperti itu boleh dielakkan sekiranya arahan pihak berkuasa dipatuhi selepas sitaan dilakukan.

Semalam, seorang kanak-kanak dan dua dewasa cedera selepas terjatuh dari permainan di taman tema itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.50 malam.

Menurutnya, mangsa membabitkan dua wanita dan seorang kanak-kanak.

“Ketiga-tiga mangsa ini terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika (ia) sedang berpusing.

“Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka,” katanya.

Ujarnya, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut. – Getaran, 13 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran