web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Beri Keterangan Dalam Kes Shahrir Pada 22 Disember

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 4:53PM

Shahrir Ab Samad (kiri) dan Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pada perbicaraan kes Tan Sri Shahrir Ab Samad yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri itu pada 22 Disember ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi memberitahu mahkamah bahawa Najib yang kini dibicarakan bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya berkelapangan pada tarikh berkenaan.

“Pihak pendakwaan boleh memanggil saksi seterusnya iaitu pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan esok, manakala Datuk Seri Najib memberi keterangan pada 22 Disember. Pihak pendakwaan boleh memanggil semula pegawai penyiasat itu selepas Datuk Seri Najib selesai beri keterangan,” kata hakim.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Terdahulu, Rasyidah Murni berkata pihaknya memohon perbicaraan bersambung esok dan 15 Dis ini dilapangkan dan disambung pada 22 Disember untuk Najib memberi keterangan.

“Keterangan Datuk Seri Najib perlu didengar dahulu sebelum pegawai penyiasat SPRM dipanggil memberi keterangan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros, mewakili Shahrir, membantah permohonan pendakwaan untuk melapangkan tarikh tersebut kerana perbicaraan kes itu akan berpanjangan dan membuang masa mahkamah

“Semakin lama kes ini berlarutan, semakin lama anak guam saya terpaksa hadir ke mahkamah walaupun ada isu peribadi termasuk anak sakit di hospital.

"Kalau boleh pengawai penyiasat SPRM dipanggil dahulu esok dan Khamis (15 Disember) untuk tidak membuang masa mahkamah dan kami cadangkan saksi itu (pegawai penyiasat) dipanggil semula selepas Datuk Seri Najib memberi keterangan,” kata peguam itu.

Pada prosiding hari ini, saksi pendakwaan ke-21 iaitu Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN, Tuan Zulkfli Tuan Lah menyambung keterangannya.

Shahrir, 72, didakwamembabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bekas Pengerusi Felda itu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja