web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RTM Disasar Terima 120 Juta Tontonan Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 8:03AM

Pemilihan rancangan yang unik, realiti, berpotensi disukai ramai dan mengikut perkembangan terkini akan menarik penonton ke pelbagai saluran RTM. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) disasar menerima 120 juta tontonan pada 2023, peningkatan 30 peratus berbanding tahun ini seiring usaha menambah baik rancangan dan kandungan di platform berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek berkata pemilihan rancangan yang unik, realiti, berpotensi disukai ramai dan mengikut perkembangan terkini akan menarik penonton ke pelbagai saluran RTM seperti TV1, TV2, Okey, BES dan Sukan RTM.

“Untuk menarik orang ramai ke saluran ini, sudah tentu kita memerlukan kandungan yang bagus, segar dan relevan,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Town Hall Bersama Penerbit Program Televisyen di sini semalam.

Beliau berkata proses pemilihan rancangan juga bakal ditambah baik menerusi kaedah ‘open pitching’ (pembentangan idea) berbanding pemilihan yang dilakukan setahun sekali sebelum ini.

Menurutnya proses pemilihan setahun sekali itu menyebabkan lambakan kandungan dan program oleh para penerbit sehingga penilaian mengambil masa yang lama.

“Tahun depan agak berbeza, kita akan adakan ‘open pitching’, namun masih perlu diperhalusi kerana perlu berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF) tentang kaedah-kaedah perolehan untuk ‘open pitching’.

“Saya lihat penyiar swasta memang sudah ada amalan ‘open pitching’ tetapi oleh sebab kita tertakluk kepada prosedur perolehan MOF, kita perlu mengadakan perbincangan dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 133 syarikat penerbitan yang terpilih menerima Surat Serah Terima (SST) bagi siaran tahun depan yang terdiri daripada beberapa kategori seperti telemovie, drama bersiri, majalah, realiti masakan dan animasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Video Pembaca Berita Itu Sudah Diedit, Wajah Sebenar Cantik Dan Manis'

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Malaysia Dekati Sasaran 27 Pingat

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPM Tegas Tangani Isu Murid Jadi 'Kandungan' Media Sosial

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad