web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPS Keluar Notis Kesiapsiagaan Kemungkinan Banjir Kilat Di 6 Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 7:00PM

Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Pahang.

JPS menerusi kenyataan memaklumkan notis yang dikeluarkan pada 3.45 petang itu, dibuat berdasarkan maklumat ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS bahawa, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

Di Pulau Pinang, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Seberang Perai Selatan melibatkan Bandar Nibong Tebal, Mukim 1, Mukim 7, Mukim 11 dan kawasan sekitarnya, manakala di Negeri Sembilan membabitkan daerah Port Dickson iaitu di Pekan Lukut, Pekan Jemima, Si Rusa, Mukim Jimah dan kawasan sekitarnya.

Di Perak, sebanyak dua daerah dan kawasan sekitarnya dijangka terlibat iaitu daerah Larut Matang dan Selama (Bukit Gantang, Sungai Limau, Pengkalan Aor, Jebong dan Asam Kumbang) serta daerah Kerian (Bagan Serai, Gunung Semanggol, Beriah, Kuala Kurau dan Parit Buntar).

Di Selangor, empat daerah dan kawasan sekitarnya turut disenaraikan sebagai lokasi berisiko banjir kilat meliputi daerah Sepang (Mukim Sepang dan Dengkil), Klang (Pekan Pandamaran, Pekan Kapar dan Klang), Kuala Langat (Pekan Jenjarom, Kelanang dan Tanjong Duabelas) serta Petaling (Mukim Petaling, Pekan Serdang, Pekan Batu Tiga dan Bandar Shah Alam).

Sementara itu di Terengganu, sebanyak dua daerah terlibat iaitu Marang (Bukit Payung serta kawasan sekitarnya) dan Kuala Terengganu (Cenering, Batu Buruk, Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya), manakala di Pahang pula melibatkan daerah Kuantan (Bandar Kuantan, Pulau Manis, Kuala Kuantan, Sungai Karang serta kawasan sekitarnya).

Kenyataan PRABN itu menyatakan notis kesiapsiagaan itu, dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran