web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Laksana Jelajah Di 6 Negeri Sebagai Persediaan PRN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 8:07AM

Program Jelajah itu dianggap sebagai 'maha mustahak' dalam usaha meyakinkan pengundi di negeri-negeri terbabit untuk menyokong Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan program jelajah bermula awal tahun depan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Ketua Setiausaha PH, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia adalah tugas 'maha mustahak' gabungan itu dalam usaha meyakinkan pengundi di keenam-enam negeri untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Dalam perbincangan dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli beberapa hari lepas, kami bersetuju, selain tugas mengurus kementerian, kita perlu memberi tumpuan kepada persiapan parti dan PH menghadapi  PRN yang tempohnya dalam lingkungan enam bulan dari sekarang.

"Jadi kita kata ini juga adalah tugas maha mustahak yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Semarak Azam Baru 2023 "Dari Harapan ke Perpaduan" di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Machap Baru, di sini, semalam.

Hadir sama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) merangkap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Enam negeri yang belum membubarkan DUN masing-masing ialah Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad