web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Berterusan Tahap Buruk Dijangka Di Kelantan, Terengganu Hingga Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 6:41PM

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Pahang dan Perak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah terlibat di Kelantan ialah di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Manakala hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan hingga esok.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Pahang dan Perak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

JPS menerusi kenyataan hari ini menyebut ia berdasarkan makluman ramalan hujan oleh MetMalaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Di Johor, kawasan berisiko ialah Mukim Api-Api, Mukim Ayer Baloi, Mukim Ayer Masin, Mukim Benut, Mukim Pontian, Mukim Rimba Terjun, Mukim Sungai Pinggan di daerah Pontian serta kawasan sekitarnya manakala di Negeri Sembilan, kawasan dijangka terlibat ialah Port Dickson (Pekan Lukut, Pekan Jemima, Mukim Si Rusa, Mukim Jimah serta kawasan sekitarnya).

Di Selangor, kawasan terlibat termasuk daerah Sepang (Mukim Sepang, Mukim Dengkil serta kawasan sekitarnya) dan Petaling (Pekan Batu Tiga, Bandar Shah Alam serta kawasan sekitarnya); daerah Kuantan (Bandar Kuantan, Mukim Kuala Kuantan, Mukim Sungai Karang dan kawasan sekitarnya), Lipis (Mukim Telang serta kawasan sekitarnya) dan Jerantut (Mukim Pulau Tawar, Mukim Hulu Cheka serta kawasan sekitarnya) di Pahang.

Di Perak kawasan berisiko termasuk daerah Larut, Matang dan Selama (Mukim Bukit Gantang, Mukim Sungai Limau, Mukim Pengkalan Aor, Mukim Jebong, Mukim Asam Kumbang serta kawasan sekitarnya) dan Kerian (Mukim Bagan Serai, Mukim Gunong Semanggol, Mukim Beriah, Mukim Kuala Kurau, Mukim Parit Buntar serta kawasan sekitarnya).

"Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut," menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 20 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

3

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Semasa 3 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar