Berita Terkini

1 jam yang lalu: Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bantu rakyat jimat RM480 sepanjang 24 bulan tempoh kontrak - Fahmi Fadzil 1 jam yang lalu: Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap tawar perkhidmatan data tanpa had untuk B40, veteran, OKU & warga emas berharga RM69 sebulan mulai Mac - Fahmi Fadzil 3 jam yang lalu: PRN: Negeri Sembilan cadang bubar DUN 1 Jun ini 3 jam yang lalu: Perkeso terima 60,000 laporan kes kemalangan di tempat kerja setahun 3 jam yang lalu: Konsep Malaysia Madani boleh diperluaskan ke Peringkat ASEAN - Fahmi Fadzil

IKUTI KAMI


Timbalan Menteri Sedia Guna Pengalaman, Bantu Kerajaan Perpaduan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 6:55PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama anggota Jemaah Menteri selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Timbalan Menteri yang baru dilantik bersedia menggunakan pengalaman sendiri dalam membantu kementerian masing-masing. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau akan menggunakan pengalaman berkhidmat di tiga kementerian sebelum ini, termasuk Kementerian Kewangan untuk membantu rakyat dan negara.

“Mudah-mudahan pengalaman itu dapat membantu saya untuk menjalankan tugas seterusnya, bagi membantu Kementerian Kewangan dalam melakukan perkara yang penting di perbendaharaan negara, tentunya hasrat saya untuk mengikuti dasar Kerajaan Perpaduan dengan cara terbaik.

Ahmad Maslan - Gambar Fail
Ahmad Maslan - Gambar Fail

“Jawatan adalah amanah yang mesti ditunaikan, jawatan bukanlah satu penghormatan yang disombongkan tetapi amanah yang wajib ditunaikan, dan saya akan melaksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya selepas selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Memegang jawatan yang sama, Steven Sim Chee Keong akan menggunakan ilmu yang dipelajari semasa mengikuti Ijazah Sarjana Pembangunan Mampan sebelum ini, dalam memberi perkhidmatan terbaik di Kementerian Kewangan. 

Steven Sim Chee Keong - Gambar Fail
Steven Sim Chee Keong - Gambar Fail

“Ini juga peluang untuk saya berkhidmat dengan tokoh yang berpengalaman iaitu Perdana Menteri sendiri, serta Datuk Seri Ahmad Maslan yang dulu seteru dalam politik, sekarang kami menjunjung titah dan lupakan sengketa lama dan beliau juga pernah berkhidmat dalam MOF,” katanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong, berhasrat untuk membantu negara selaras dengan portfolio yang dipegangnya dan berusaha untuk menambah pekerjaan dalam negara serta menyediakan gaji yang berpatutan untuk negara.

Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir pula meluahkan rasa syukur, selepas diberikan kepercayaan dan amanah untuk turut serta dalam mentadbir Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata jawatan yang disandang itu amat ‘berat’, kerana pengharapan rakyat dalam melihat kerajaan ini berusaha keras amat tinggi.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir - Gambar Fail
Akmal Nasrullah Mohd Nasir - Gambar Fail

“Saya memohon supaya kita (kerajaan) untuk berusaha bersama-sama dan berilah peluang supaya kita dapat melakukan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Berkongsi reaksi sama, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni pula berkata antara isu yang akan diutamakan adalah isu kesihatan rakyat pasca pandemik COVID-19 dan akan memperhalusi dasar dan polisi kementerian itu.

“Saya juga akan mendengar pendapat warga kerja Kementerian Kesihatan daripada kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi. Saya juga akan mengambil pendapat rakan-rakan dalam Parlimen dan saya akan gunakan untuk keputusan yang baik untuk kesihatan yang umum,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata negara memerlukan polisi baharu dalam mengurangkan isu pengangguran yang kian meningkat, khususnya dari golongan graduan dan anak muda.

Mustapha Sakmud - Gambar Bernama
Mustapha Sakmud - Gambar Bernama

“Isu ini mungkin cabaran besar yang perlu kita (kementeriannya) hadapi. Saya sebagai orang baharu akan cuba sedaya buat sesi keterlibatan bersama Kementerian Sumber Manusia dan akan merangka satu perancangan baharu terhadap sumber manusia di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Adam Adli Abd Halim yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) berkata dalam mendepani cabaran hari ini, kementeriannya akan turut memberi perhatian terhadap peranan politik dan demokrasi.

“Saya teruja untuk berkhidmat bersama Hannah Yeoh (Menteri KBS), saya harap kita dapat gerak sama-sama untuk mencapai prestasi yang baik.

“Kita bercakap bukan sahaja prestasi KBS tetapi prestasi masyarakat belia dan sukan itu sendiri, yang sesuai dengan aspirasi terkini yang merakyatkan sukan dan sebagainya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 hari yang lalu

BN Belum Tentukan Kerjasama Dengan Siapa Hadapi PRN - Mohamad

2

Politik 6 hari yang lalu

BN-PH Pahang Tubuh Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan, Ikrar Selesai Isu Rakyat

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Chris Hipkins Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Baharu New Zealand

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Fokus Laksana Tanggungjawab Walau Berdepan Kerenah Pihak Tertentu - Anwar

Sorotan

1

LHDN Dapat Penghakiman Terus Saman Cukai RM1.8 Bilion Terhadap Bapa Jho Low

2

Malaysia Kecam Penindasan Berterusan Israel Ke Atas Warga Palestin

3

Penganalisis Politik Terkenal Dilantik Ketua Pengarah J-KOM, 'Saya Terima Tanggungjawab…'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah, Johor Menurun Malam Selasa

Politik 1 hari yang lalu

Tun Faisal Dipecat, Putuskan Tidak Akan Merayu, 'Keputusan Sudah Dijangka'

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 45 minit yang lalu

Malaysia Kecam Penindasan Berterusan Israel Ke Atas Warga Palestin

Semasa 7 jam yang lalu

Selepas PM, Johari Pula Didakwa Lantik Anak Jadi Pegawai Parlimen

oleh Aiman Sadiq