web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDN Nafi Beri Layanan Buruk Kepada Tahanan Di Depoh Kimanis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 2:45PM

Saifuddin Nasution (tengah) mengadakan lawatan kerja di Jabatan Imigresen Malaysia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan keadaan fizikal tahanan yang kurus di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis adalah disebabkan oleh layanan buruk Jabatan Imigresen (JIM).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah diberikan makluman oleh JIM bahawa keadaan fizikal tahanan terbabit adalah sememangnya kurus dan susut sebelum memasuki depoh tahanan itu.

“Pertama, kita kena tengok subjek yang terlibat, adakah seorang rakyat biasa yang amalkan gaya hidup sihat atau dia juga sebenarnya ikut terbabit dalam aktiviti yang menyebabkan fizikal badan susut,” katanya pada sidang media selepas taklimat pengoperasian JIM bersama pengurusan tertinggi agensi itu, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video tular melibatkan tahanan di depoh itu yang antara lain mendakwa mereka tidak diberikan makanan secukupnya serta diberikan layanan buruk oleh JIM.

Semalam, tular satu video berdurasi 90 saat memaparkan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Solomon merayu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor agar dia dan rakannya dibebaskan secepat mungkin. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad