web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Terima Bayaran RM15 Juta, Anwar Hantar Notis Tuntut Muhyiddin Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 8:47PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon maaf tanpa syarat berhubung video berbaur fitnah yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Tetuan SN Nair & Partners, yang mewakili Anwar, 75, menghantar notis tuntutan itu hari ini.

Menurut Datuk SN Nair, anak guamnya menuntut Muhyiddin menarik balik video ucapan semasa ceramah Grand Finale PN Padang Serai mengenai Anwar di aplikasi TikTok di bawah nama @beritakini8, perkataan-perkataan memfitnah selain memadam atau menarik balik segala komen yang menyinggung perasaan dan bersifat fitnah.

Beliau berkata Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menuntut aku janji bertulis daripada Muhyiddin untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti dalam video tersebut selain ganti rugi.

“Sekiranya anak guam saya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memohon suatu perintah injunksi dan meneruskan tindakan perundangan terhadap Tan Sri Muhyiddin,” katanya.

Muhyiddin Yassin - Gambar fail
Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Notis tuntutan itu mendakwa pada 5 Disember lepas, Muhyiddin mengungkap atau menyebabkan penerbitan video tersebut yang telah mendapat tontonan lebih 1,100,000 kali, lebih 6,061 komen, melebihi 21,400 butang 'like', lebih 1,360 kali butang 'favourite' dan 2,169 kali perkongsian setakat tarikh notis berkenaan. 

Peguam itu berkata video tersebut dibuat dengan niat jahat terhadap anak guamnya, tidak benar dan terdapat penyelewengan fakta yang menunjukkan ketidakwajaran moral serta undang-undang selain untuk mencari publisiti murahan bagi tujuan politik serta manfaat proses pemilihan dalam usaha memenangi undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Padang Serai.

Nair berkata video dan kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, licik dan menggunakan taktik kotor selain tidak beretika serta mengkhianati mandat rakyat.

Katanya keseluruhan video dan perkataan memfitnah itu telah disangkal oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Juwairiya Zulkifli melalui kenyataan media hari ini menerusi akaun Facebook beliau atas nama ‘Juwairiya Zulkifli’ dan ia dipetik dalam artikel Free Malaysia Today bertajuk Anwar hanya terima RM1 jadi penasihat ekonomi Selangor.

Nair ketika dihubungi mengesahkan telah menghantar notis tuntutan itu kepada Muhyiddin melalui serahan tangan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam