web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Segelintir Pengundi Di Padang Serai Tidak Tahu Calon Tarik Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 4:44PM

Pengundi beratur di pintu masuk Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Beberapa pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai masih tidak mengetahui tentang dua calon kerusi itu yang menarik diri dan memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Dr Mohamad Sofee Razak.

Seorang pelajar Azieza Nour Afifah Azman Zahidi, 20, berkata sebagai pengundi kali pertama beliau sememangnya teruja untuk menunaikan tanggungjawab itu namun tidak mengetahui ada calon yang menarik diri.

Beliau yang melanjutkan pengajian di sebuah institut pengajian tinggi awam di Perak, baru pulang ke Kampung Tunku, Putra di sini pada Jumaat lepas dan tidak mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.

“Saya tinggal di hostel tempat belajar dan tidak tengok berita sebab tiada televisyen di situ. Sekarang saya balik kampung sebab ada cuti pertengahan semester, tidak tahu pula ada calon menarik diri,” katanya.

Azieza adalah seorang daripada pengundi yang ditemui pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Badlishah di sini hari ini.

Selain itu, suri rumah Fauziah Desa, 58, berkata beliau yang kini menetap dalam kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu mungkin terlepas daripada mendapat maklumat dan hebahan mengenai calon yang menarik diri.

“Saya memang tak tahu ada calon tarik diri. Saya mengundi di Parlimen Padang Serai sebab dulu saya menyewa di sini, tapi tujuh anak saya semua sudah mengundi di Parlimen Kulim-Bandar Baharu sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Muhd Luqman Hakim Mohd Aliakabar, 21, berkata beliau menyedari mengenai dua calon Parlimen Padang Serai yang menarik diri daripada media sosial.

Beliau adalah penduduk Kampung Syed Sheikh, di sini, berkata walaupun baru mengundi buat pertama kali, beliau teruja untuk mengetahui situasi politik semasa, terutama di Parlimen Padang Serai.

“Saya sudah tahu mana calon yang sudah tarik diri, jadi saya tak perlu mengundi mereka lagi. Walaupun ada banyak nama dalam kertas undi, saya tidak keliru sebab sudah tahu mana yang perlu diundi,” katanya.

Sebelum ini, calon Barisan Nasional (BN) PRU-15 Parlimen Padang Serai, Datuk C. Sivaraj dan calon WARISAN Mohd Bakhri Hashim memutuskan untuk menarik diri bagi memberi laluan kepada calon PH, Mohamad Sofee.

Bagaimanapun, nama dua calon tersebut kekal dalam kertas undi Parlimen Padang Serai berdasarkan Perkara 9 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, iaitu tiada seorang pun calon boleh menarik balik pencalonannya selepas jam 10 pagi pada hari penamaan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad