web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Siasat Pengguna TikTok Muatnaik Kandungan Berunsur Fitnah Terhadap PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 9:43PM

Polis kini sedang memburu seorang pengguna TikTok memuatnaik video berunsur fitnah terhadap PDRM. - Tangkapan layar dari video di TikTok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pengguna TikTok memuatnaik video berunsur fitnah terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundang padah apabila dia kini menjadi buruan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesan satu klip video berniat fitnah yang tular di aplikasi tersebut pada jam 6.30 petang semalam.

Menurutnya, klip video yang dimuatnaik oleh pengguna dengan nama @goodmorninglim tersebut memaparkan seorang pegawai polis sedang bertugas ketika operasi penguatkuasaan lalu lintas di PJS 3/44 Petaling Jaya.

“Video tersebut turut disertakan dengan kapsyen menyindir “05/11 look got people here cari makan” (lihat ada orang di sini cari makan) dan emoji ketawa bersama karung wang.

“Perbuatan memuatnaik klip video ini mendorong masyarakat memandang serong terhadap tugas polis selaku penjawat awam dan menjatuhkan imej PDRM,” katanya hari ini.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka terhadap penularan video terbabit yang berunsur fitnah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kesalahan fitnah dan penyalahgunaan media sosial,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak menyalahguna media sosial, menyebar berita tidak benar dan membuat spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam. - Getaran, 6 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad