web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Dakwa Isu Seleweng RM600 Bilion, Dana Judi Hanya Rekaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 8:55PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa isu penyelewengan dana RM600 bilion dan penggunaan wang judi untuk membiayai kempen hanyalah rekaan untuk memburukkan PN selepas rakyat menolak Pakatan Harapan (PH) dan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, beliau sudah menjawab fitnah dilemparkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digelarnya sebagai ‘Kerajaan PH-UMNO’.

“Saya turut menjawab beberapa fitnah yang dibuat oleh kerajaan PH-UMNO tentang isu RM600 bilion yang dibelanjakan ketika pandemik COVID-19 dan penggunaan duit hasil judi bagi membiayai kempen PRU-15 baru-baru ini.

“Kedua-dua isu ini sengaja direka bagi memburuk-burukkan PN setelah rakyat jelas menolak PH dan UMNO dalam pilihan raya baru-baru ini. 

“Saya nak beritahu PN bukanlah sengkek sangat dan kita tidak akan terima walau satu sen pun duit haram dari mana-mana pihak terutamanya syarikat perjudian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, PN telah mengharamkan premis perjudian di negeri yang dikuasainya, justeru beliau mencabar pihak yang membuat fitnah untuk mengemukakan bukti dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Kita sudah haramkan premis-premis judi di beberapa negeri yang kita kuasai, takkan kita nak ambik duit judi? Wallahi (demi Allah) kami takkan lakukan perkara haram begitu!

“Saya mencabar mereka yang membuat fitnah itu memberi bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa dan bukannya sekadar cakap kosong,” katanya.

Tambah Muhyiddin, segala fitnah yang dilemparkan kepada PN tidak sedikit pun melemahkan semangat gabungan tersebut sebaliknya meningkatkan lagi keazaman mereka untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.

“Pilihan raya di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman amat penting (untuk) meneruskan sokongan kepada PN.

“Saya merayu seluruh penyokong PN terutama di Padang Serai dan Tioman agar terus istiqamah untuk mendukung prinsip perjuangan suci ini sehingga kita mencapai kejayaan, insya Allah,” katanya.

Beliau turut mendakwa, kemenangan PN di 73 Parlimen dalam PRU-15 baru-baru ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mahu sebuah kerajaan yang bersih dan berintegriti.

“Lebih membanggakan 62 peratus pengundi Melayu memilih Perikatan Nasional berbanding UMNO dan PH pada pilihan raya ini.

“Ini membuktikan rakyat mahu sebuah kerajaan yang bersih dan berintegriti  bukannya Kerajaan PH-UMNO yang sedang dicemuh di seluruh dunia kerana tanpa segan silu melantik seorang yang sedang didakwa di mahkamah kerana kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 6 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 58 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad