web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Dana RM600 Bilion: Saifuddin Akan Dapatkan Pandangan Ketua Polis Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 6:38PM

Saifuddin Nasution (tengah) bersama Wan Ahmad Dahlan dan Acryl Sani (kanan) ketika sidang media di KDN hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkenaan isu dana RM600 bilion didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Saifuddin Nasution berkata, beliau akan mendapatkan pandangan daripada Ketua Polis Negara itu mengenai isu dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media Perdana Menteri itu semalam.

“Beliau (Anwar) juga ada membuat satu kenyataan umum pada semalam dan (Anwar berkata) akan serahkan (isu itu) kepada satu badan siasatan untuk meneliti perkara itu secara spesifik.

“Sudah tentu saya akan dapatkan pandangan daripada pihak badan siasatan berkaitan, kalau ia berkaitan PDRM (Polis Diraja Malaysia) ia dalam bidang kuasa kita, jika berkaitan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tentu mereka siasat,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media selepas menerima sesi taklimat Kementerian Dalam Negeri (KDN) oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz di Kompleks KDN, di sini, hari ini.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada 15 November lepas.

Semalam juga, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata beliau tidak takut untuk disiasat susulan dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengetuai pentadbiran sebelum ini. 

Sementara itu, mengulas sama ada PDRM akan membuka kertas siasatan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan politik wang semasa Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum ini, beliau berkata ia akan disiasat jika mempunyai asas kukuh.

“Saya percaya tentang tahap profesionalisme pasukan polis, saya berikan sepenuh ruang dan kebebasan kepada Acryl dan pasukannya,” katanya.

Sebelum ini, pihak berkuasa digesa supaya menyiasat kenyataan Muhammad Sanusi berhubung penyokong parti Perikatan Nasional yang menuntut ganjaran kerana pulang mengundi.

Sementara itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh membuka ruang salah faham atau membangkitkan sentimen yang mengancam kehidupan harmoni dalam negara.

Terdahulu Saifuddin Nasution tiba dan mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas rasminya di kementerian itu pada 9.28 pagi sebelum diberi taklimat pengurusan KDN yang disampaikan oleh Wan Ahmad Dahlan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad