web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tolong Jangan Buat Begini’, Reaksi PM Bila Dipanggil Papa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 6:30PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertukar menjadi ‘meme’ apabila meminta rakyat tidak memanggilnya dengan gelaran ‘papa’.

Seorang pengguna Twitter, @mirulwrld membalas ciapan Anwar dengan ucapan “selamat pagi papa”.

Anwar kemudian membalas ciapan tersebut dengan berkata ‘Please - don’t do that (Tolong - jangan buat begini).

Perdana Menteri sebelum itu menerusi satu ciapan berkata, kerajaan tidak lagi akan membenarkan ahli politik berjawatan kanan memonopoli kekayaan negara. 

Tidak dapat dipastikan mengapa Anwar membuat permintaan tersebut namun dipercayai, Perdana Menteri tidak mahu orang ramai memanggilnya dengan gelaran Papa. 

Terhibur dengan ciapan berkenaan, netizen pantas menjadikan ciapan balas Anwar sebagai meme.

Hantaran meme itu dibuat @MakeItAQuote, yang setakat jam 2 petang tadi sudah diulang ciap 254 kali dan menerima 600 tanda suka.

Segelintir netizen turut berseloroh, dengan mengingatkan Perdana Menteri pada ucapannya satu ketika dahulu bahawa beliau ialah bapa kepada semua bangsa di negara ini.

Buat @easther97, dia percaya Anwar tidak mahu dikaitkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digelar Abah oleh penyokongnya selepas bergelar Perdana Menteri kelapan.

Tun Dr Mahathir Mohamad turut tidak terlepas daripada panggilan seumpama itu apabila digelar Atok, selepas muncul dalam iklan mempromosikan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Gelaran papa bukan sesuatu yang asing buat Anwar kerana itu ialah panggilan daripada anak-anaknya.

Anak sulungnya, Nurul Izzah dalam ucapan kepada Pengerusi PH itu di Facebook baru-baru ini melahirkan rasa sayang terhadap bapanya.

“Saya sayang Papa dan selalu bangga dengan Papa, walaupun ketika Papa dipenjara sebagai tahanan bermotif tertentu” kata Puteri Reformasi itu di Facebook. - The Vibes, 6 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad