web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Teliti Semula Harga Caj Penggunaan Beg Plastik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 2:00PM

Hee Loy Sian berkata pihaknya berkemungkinan akan menarik balik lesen premis yang tidak mematuhi cara kutipan caj beg plastik yang digunakan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bakal meneliti semula polisi caj kutipan beg plastik sama ada akan ditingkatkan harganya serta pelaksanaan hari tanpa plastik pada tahun hadapan ekoran berlakunya peningkatan penggunaan beg plastik di Selangor, walaupun kempen kutipan caj beg plastik telah dilaksanakan sejak 2017. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian mengakui terdapat masalah di peringkat penguatkuasaan semasa pandemik COVID-19 ekoran pihaknya banyak memberi kelonggaran kepada peniaga menggunakan beg plastik khususnya ketika membungkus makanan.

“Kami akan meningkatkan penguatkuasaan yang sangat ketat. Kali ini kami berkemungkinan akan tarik balik lesen premis mereka yang tidak mematuhi cara kutipan caj beg plastik yang digunakan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap penggunaan beg plastik yang dilihat semakin meningkat walaupun wujudnya kempen kutipan caj beg plastik.

Menurutnya, setakat 30 Jun lepas kutipan beg plastik di Selangor adalah sebanyak RM4.8 juta dan dijangka akan mencecah lebih RM9 juta untuk tahun ini berbanding tahun lepas sebanyak RM8.5 juta dan 2020 sebanyak RM6.6 juta. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar