web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Dakwa PAS, BERSATU Guna Hasil Judi Tampung Dana Pilihan Raya 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 7:44PM

Anwar pada sidang media di Perdana Putra hari ini, yang turut disertai oleh kedua-dua timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan). - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Parti Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS dan BERSATU menggunakan hasil perjudian daripada 22 cabutan 4D untuk mendanai pilihan raya.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet pertamanya hari ini, Perdana Menteri mengurangkan cabutan tahunan kepada lapan kali bermula 1 Januari depan, berbanding 22 kali seperti dibenarkan tahun lalu ketika Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyandang portfolio Perdana Menteri.

“Pada hari pertama selaku Menteri Kewangan, saya memutuskan untuk batalkan keputusan sebelum ini yang meluluskan cabutan istimewa judi oleh Kabinet terdahulu, termasuk Menteri daripada BERSATU dan PAS, yang menaikkan cabutan daripada lapan kepada 22 (kali setahun).

“Hari ini, saya mengarahkan cabutan tersebut dikembalikan kepada lapan kali setahun,” katanya.

Beliau kemudian membidas PAS dan parti berasaskan Melayu, BERSATU kerana bersifat munafik apabila meningkatkan jumlah cabutan tahunan sedangkan perjudian dan hasil judi adalah dilarang dalam Islam.

“Pastinya sebahagiannya (cabutan) digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi," katanya.

Beliau juga mengarahkan semua perjanjian berhubung projek pelaksanaan 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di seluruh negara disemak semula berikutan pelaksanaan perjanjian projek berkenaan tidak dibuat secara telus. - Getaran, 5 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad