Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kes Bella: Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Gantung Bicara Bela Diri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 6:54PM

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, untuk menggantung prosiding perbicaraan bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian, selepas peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon penggantungan sementara prosiding tersebut, berikutan pihaknya memfailkan notis usul semakan jenayah terhadap keputusan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi pada 25 November lepas.

Izralizam dalam penghakimannya berkata permohonan itu satu penyalahgunaan proses mahkamah, dan tiada keadaan khas atau istimewa untuk menggantung prosiding perbicaraan itu, selain kedua-dua pertuduhan tersebut tidak cacat.

“Dakwaan peguam mengatakan saya tidak mempertimbangkan pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah tidak berasas, kerana fokus utama saya ketika membaca keputusan di akhir pendakwaan adalah sama ada kes prima facie dapat dibuktikan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

“Bagi menentukan kes prima facie dapat dibuktikan bagi setiap pertuduhan, saya perlu meneliti dan membuat dapatan sama ada kedua-dua pertuduhan itu mempunyai elemen yang memenuhi kehendak undang-undang, selaras dengan seksyen yang dipertuduhkan terhadap tertuduh. Oleh itu, permohonan tertuduh untuk menggantung prosiding ditolak,” kata Izralizam.

Pada 24 November lepas, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Sementara itu, Izralizam membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan prosiding bela diri Siti Bainun, yang sepatutnya bermula hari ini.

“Berdasarkan surat untuk penangguhan perbicaraan kes itu, tertuduh dimasukkan ke wad kerana pneumonia (radang paru-paru) dan dikatakan turut menjalani pembedahan hempedu seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.

“Mahkamah tiada pilihan lain apabila doktor mengesahkan Siti Bainun perlu menjalani rawatan abdomen dan ujian darah, sebelum menetapkan tarikh pembedahan. Namun, ini kes penting, kalau tidak berpuas hati, saya boleh memanggil doktor yang menurunkan tandatangan dan menjelaskan kewajaran memberi cuti sakit (MC). Tarikh bela diri sudah lama ditetapkan oleh mahkamah,” kata Izralizam.

Terdahulu, Nur'Aminahtul memaklumkan bahawa, anak guamnya dimasukkan ke hospital pada 28 November lepas dan satu surat dikeluarkan oleh doktor pakar bedah semalam bahawa Siti Bainun perlu menjalani rawatan kesihatan (abdomen dan ujian darah) esok, serta tarikh pembedahan hanya boleh ditetapkan selepas rawatan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan Rabu ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Permohonan Najib Mulakan Semakan Kehakiman Cabar Kewujudan Titah Adendum 5 Jun

Luar Negara 1 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Politik 21 jam yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Semasa 22 jam yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan