web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Berterusan, Lebuhraya Pasir Gudang Dinaiki Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 6:35PM

Beberapa kawasan di sekitar Lebuhraya Pasir Gudang telah dinaiki air selepas hujan lebat selama hampir 2 jam. - Gambar dari Facebook Komuniti Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Hujan lebat berterusan selama dua jam sejak jam 1 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan termasuk Lebuhraya Pasir Gudang dinaiki air.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) Johor memaklumkan, berlaku kenaikan paras air sehingga menghalang laluan kedua-dua arah di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran susur keluar Bandar Seri Alam. 

“Status terkini banjir kilat pada jam 3.05 petang di Lebuh Raya Pasir Gudang berdekatan dengan susur keluar ke Bandar Seri Alam.

“Kenaikan air yang berlaku telah menghalang lalu lintas di kedua- dua arah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna lebuhraya itu untuk menggunakan jalan alternatif lain.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung turut meluahkan kekecewaannya apabila kawasan lebuhraya berkenaan dilanda banjir kilat sekali lagi.

“Saya dalam (persidangan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan menerima video ini daripada orang awam. Saya amat kecewa apabila perkara ini berlaku lagi.

“Sudah berapa kali saya bangkitkan isu banjir kilat, namun berlaku lagi. Lebuhraya Pasir Gudang banjir kilat dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, beliau akan membangkitkan isu banjir kilat itu ketika ucapannya di DUN Johor nanti.

Selain Lebuhraya Pasir Gudang iaitu susur keluar dan masuk ke Bandar Seri Alam, Jalan Masai Lama, Jalan Kampung Ubi dan di Jalan Pandan menuju Bandar Kota Tinggi turut dinaiki air akibat banjir kilat.

Hasil perkongsian gambar dan beberapa video di laman sosial Facebook turut memaparkan beberapa kenderaan di susur Seri Alam dilihat menghentikan kereta masing-masing di bahu jalan.

Kejadian turut menyebabkan kesesakan lalu lintas dan beberapa kenderaan terperangkap akibat air yang naik secara mendadak. – Getaran, 5 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad