web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peningkatan Kes Demam Denggi Di Selangor Membimbangkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 2:17PM

Dr Siti Mariah Mahmud - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan bahawa kadar kes harian demam denggi di negeri itu menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sektor sosial kini dibuka seperti sedia kala.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata trend tersebut dilihat bermula sejak minggu epidemiologi (ME) 46 pada tahun ini dengan sejumlah 31,822 kes demam denggi dilaporkan sehingga ME 46 yang berakhir pada 19 November.

“Ia adalah peningkatan sebanyak 131.5 peratus atau 18,077 kes berbanding minggu yang sama pada tahun lepas (2021), dengan sebanyak 13,745 kes,” katanya menjawab soalan bertulis Harumaini Omar (BN-Batang Kali) berkenaan wabak demam denggi di negeri tersebut.

Dalam pada itu katanya kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM5 juta setiap tahun untuk membasmi nyamuk Aedes bagi mengekang penularan wabak demam denggi termasuk program yang dilaksanakan bersama agensi dan jabatan berkaitan bagi mengawal dan mencegah penularan wabak denggi. 

"Kerajaan negeri juga sedang melaksanakan inisiatif penggunaan racun 'Bacilus Thuringiensis Israelensis' (BTI) di kawasan ‘hotspot’ dan penggunaan dron bagi tujuan pengawalan dan pencegahan denggi di kawasan yang sukar dicapai seperti bumbung rumah,” katanya.

"Sehingga 31 Oktober , kerajaan negeri menyediakan sebanyak 2,000 kilogram racun BTI kepada 10 pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam usaha menggalakkan penggunaan racun di kawasan hotspot dan kawasan awam," katanya.

Amirudin Shari
Amirudin Shari

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan Selangor mengagihkan sebanyak 14,649,397 dos vaksin COVID-19 setakat Oktober lalu kepada 4,330,200 orang dewasa (96.2 peratus);  519,617 orang remaja (91.6 peratus) dan 320,909 kanak-kanak (43.9 peratus) yang telah menerima dos lengkap vaksin berkenaan.

“Selain itu, seramai 4,069,818 orang atau 89.4 peratus menerima satu dos penggalak vaksin COVID-19,” katanya yang menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) berhubung status pencapaian COVID-19 di Selangor. 

“Jika peratusan vaksin COVID-19 diukur seperti dalam kriteria Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) iaitu lengkap dua dos vaksin, Selangor telah mencapai 100 peratus (agihan vaksin COVID-19),” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad