web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Pelaburan Ketika PKP Perdaya Hampir 10,000 Mangsa, Babit Kerugian RM3 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 2:08PM

Seramai 180 mangsa penipuan pelaburan 'Zuttelo' telah hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdesak akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, hampir 10,000 mangsa ‘berputih mata’ selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan, membabitkan kerugian yang dianggarkan mencecah RM3 bilion.

Lebih memilukan, majoriti mangsa sindiket dikenali sebagai ‘Zuttelo’ itu terdiri daripada warga emas, dengan sebahagian besar adalah kaum Cina.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sindiket terbabit mengambil kesempatan terhadap mangsa yang dihimpit kesusahan akibat penutupan sektor ekonomi ketika PKP.

Menurutnya, mangsa diperkenal kepada sindiket berkenaan oleh rakan-rakan dan ia bergerak di bawah pelbagai jenis skim pelaburan yang berpaksikan insurans.

“Sasaran mereka adalah masyarakat Cina dan ribuan orang menjadi mangsa. Lebih malang adalah majoritnya warga emas yang mengeluarkan wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), (malah) ada yang meminjam Along dan sebagainya.

“Walaupun siasatan sudah dijalankan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) namun tindakan serius perlu diambil supaya mereka tidak terus bermaharaja lela dan mengaut keuntungan terhadap lebih ramai mangsa,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi seramai 180 mangsa penipuan pelaburan tersebut yang hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, PDRM turut dicadangkan agar menggunakan pencegahan seperti SOSMA (Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012) dan POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959 terhadap sindiket tersebut.

Katanya, setiap mangsa melabur sekitar RM50,000 hingga RM4 juta kepada sindiket tersebut, justeru PDRM perlu memandang serius isu tersebut supaya tiada lagi rakyat Malaysia menjadi sasaran.

“Jika sebelum ini, kita mengisytiharkan dadah adalah musuh nombor satu negara namun kini ‘tagline’ perlu diubah iaitu penipuan atau scam adalah musuh nombor satu negara.

“Kebanyakan mangsa kini hidup tertekan. Ada di antara mereka yang cuba membunuh diri, ada diburu Along, ada yang bercerai berai malah ada yang menjadi gelandangan akibat ditipu sindiket,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chia, 48, berkata dia mengetahui mengenai pelaburan tersebut selepas diperkenal oleh seorang rakan lama.

Menurut ahli perniagaan itu, disebabkan PKP, semua penerangan berhubung skim ditawarkan dibuat melalui atas talian dengan pulangan dijanjikan sebanyak 17 peratus.

Katanya, jumlah keseluruhan kerugian yang ditanggung olehnya adalah sebanyak RM500,000.

“Pada beberapa bulan pertama mereka memang membayar dividen dijanjikan menyebabkan saya percaya bahawa pelaburan ini sah namun selepas melabur dengan jumlah lebih besar, mereka tiba-tiba menghilangkan diri.

“Mereka memberi alasan ditahan di Balai Polis Ampang Jaya jadi terpaksa menutup semua rangkain internet dan sebagainya,” katanya sambil memberitahu, dia mula melabur sejak Disember 2021 sehingga Ogos tahun ini.

Seorang lagi mangsa Tan, 44 yang juga pengusaha kopitiam berkata, sindiket tidak membenarkan dia mengeluarkan wang pelaburan, sebaliknya memaksa untuk terus melabur.

“Sebanyak RM500,000 dilaburkan dengan menggunakan duit simpanan dan duit keluarga. Mereka berkeras untuk saya terus melabur untuk mendapatkan dividen yang dijanjikan.

“Saya juga tak dibenarkan untuk mengeluarkan wang pelaburan, jadi terpaksalah terus melabur namun apabila menambah jumlah pelaburan, mereka terus hilang,” katanya.

Getaran difahamkan, sindiket kini sedang memperhebat promosi skim baharu dengan menggunakan nama berbahasa Melayu di platform tersebut, yang dipercayai untuk menyasarkan mangsa dalam kalangan masyarakat Melayu. - Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar