web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TPM Ahmad Zahid Mula Tugas Secara Rasmi Di Perdana Putra

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 9:32AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra di sini.

Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8 pagi.

Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 4 sebelum mengaminkan doa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Kamruzaman Abdul Aziz.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudiannya memasuki pejabatnya serta menandatangani Buku Selamat Datang. 

Ahmad Zahid, 69, diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.

Pada Sabtu lepas, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara 27 jemaah Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Ahmad Zahid hari ini juga dijadual menghadiri mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri. 

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

4

Sukan 2 tahun yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam