web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RCI Penting Bagi Menyiasat Ke Mana RM600 Bilion Disalurkan Pentadbiran Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 4:26PM

AMANAH menggesa RCI ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan berkenaan perbelanjaan sebanyak RM600 bilion oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin sebelum ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) bersetuju dengan cadangan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat dakwaan wujud perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Ammar Atan berkata, penubuhan RCI adalah amat penting supaya jawapan jelas dan tuntas dapat diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya apabila keseluruhan sistem demokrasi negara, iaitu Parlimen ditutup.

Katanya, penubuhan suruhanjaya itu juga dapat menerangkan mengenai kebanyakan perbelanjaan yang dibuat adalah secara runding terus, tanpa semak imbang sewajarnya.

Ammar Atan - Gambar dari Facebook
Ammar Atan - Gambar dari Facebook

“Saya menyambut baik saranan Ketua Penerangan UMNO, saudara Isham Jalil yang menegaskan bahawa RCI dibentuk segera, bagi menyiasat tuduhan berkenaan perbelanjaan sebanyak RM600 bilion oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Ammar berkata, walaupun pegawai kepada Muhyiddin sudah mengeluarkan satu pernyataan bagi mempertahankan ‘bos’ beliau, ia tidak mencukupi dan penafian kosong semata-mata.

“Justeru, saya mendesak supaya kerajaan mengambil berat isu ini dan dapat menubuhkan RCI dalam kadar sesegera mungkin,” katanya.

Terdahulu hari ini, Isham menerusi kenyataan di klip video siaran langsung berdurasi 11 minit sembilan saat dikongsikan beliau di Facebook semalam berkata, UMNO menyokong penubuhan segera RCI bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Muhyiddin.

 Isham Jalil
Isham Jalil

Menurutnya, menerusi RCI, ia dapat membuktikan ke mana wang digunakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat sepanjang Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menjadi Perdana Menteri.

Isham berkata, memandangkan terdapat laporan polis dibuat mengenai RM600 bilion terbabit, beliau merasakan perkara itu perlu diteruskan kerana ia membabitkan jumlah besar.

Tegasnya, Bajet Persekutuan merangkumi nilai kewangan RM300 bilion setahun, justeru jumlah RM600 bilion itu bersamaan dua tahun belanjawan berkenaan.

“Bila kita nak tanya pasal benda ini ketika PKP itu tak boleh Parlimen ditutup dan dia buat darurat.

“Jadi, kali ini kita nak tanyalah mana dana ini pergi, terutama bila kita nampak ‘time’ Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu hari, perbelanjaan PN mewah betul tiada tin ‘milo’, jadi kita nak tahu juga mana dia dapat duit,” kata Isham. – Getaran, 4 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi