web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alexander Ikrar Teruskan, Perbaiki Dasar Sedia Ada Jika Mampu Manfaatkan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 2:17PM

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berikrar meneruskan mana-mana dasar kepimpinan terdahulu yang memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, pada masa sama, beliau akan membuat penambahbaikan terhadap usaha Kementerian Kerja Raja sebelum ini yang diterajui Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Dasar terdahulu yang terbukti berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara akan saya teruskan.

“Sekiranya terdapat ruang dan peluang untuk penambahbaikan, usaha ini juga akan dilaksanakan dengan berpaksikan kepada kebaikan kepada semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Alexander melahirkan kesediaan untuk berkhidmat di bawah Fadhillah yang kini memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri.

Jelasnya, beliau perlu memahami banyak perkara dalam tempoh terdekat berhubung tanggungjawab baharu dipikulnya, namun percaya ia dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan kerjasama kakitangan kementerian berkenaan.

“Esok, saya akan memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Kerja Raya yang sebelum ini diterajui Datuk Seri Fadillah Yusof. Tentunya banyak perkara perlu saya dalami dan fahami dengan cepat, bagi memastikan segala urusan di kementerian ini berjalan lancar.

“Usaha ini tentunya dapat dilaksanakan dengan kerjasama jitu daripada semua warga kementerian untuk kita bersama-sama melaksanakan usaha membangunkan negara,” ujarnya.

Selain itu, Alexander mengucapkan tahniah kepada ‘Menteri Anak Sarawak’, iaitu Fadhillah; Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri yang dilantik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King (Menteri Pelancongan) dan Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang (Menteri Perpaduan Negara) di atas pelantikan menganggotai Kabinet.

“Di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Fadillah di atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kami sebagai anak Sarawak, amat berbangga dengan kepercayaan diberikan kepada anak Sarawak untuk bersama-sama menerajui kepimpinan tertinggi negara,” jelasnya.

Terdahulu, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dijadualkan menghadiri mesyuarat khas esok di Putrajaya untuk penetapan peraturan baharu dalam pentadbiran, sebelum memulakan tugas secara rasmi di kementerian masing-masing.

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibentuk dengan disertai dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri. - Getaran 4 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad