web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabinet Kerajaan Perpaduan Dibuat Menerusi Perbincangan Dengan Parti-Parti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 7:07PM

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ditemubual sempena Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia oleh Yang Berhormat Anggota Jemaah Menteri Jawatan di Istana Negara - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet Kerajaan Perpaduan melibatkan lantikan menerusi perbincangan Perdana Menteri dengan pimpinan parti-parti terlibat bagi memberikan kerajaan yang kukuh untuk memacu pembangunan negara, kata Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil.

"Walaupun adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam pelantikan Jemaah Menteri) tapi beliau faham realiti politik maka kita putuskan satu cara yang sangat berbeza berbanding 2018, 2020 dan 2021 iaitu lantikan oleh Perdana Menteri setelah berbincang dengan parti masing-masing.

"Dulu tidak begitu, kita harap ini akan elak keadaan wujudnya 'party in a party' dan struktur parti serta gabungan dihormati. Saya percaya itu akan memberi asas yang kukuh kepada Kerajaan Perpaduan ini melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk memulihkan ekonomi seterusnya memacu pembangunan negara," katanya kepada Bernama. 

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan berkata Kerajaan Perpaduan yang dibentuk atas titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas negara berdepan keadaan Parlimen tergantung ialah bukti hemat dan kebijaksanaan Seri Paduka.

Beliau berkata justeru, terdapat keperluan untuk menjelaskan sifat kerajaan yang dibentuk susulan situasi Parlimen tergantung yang tidak pernah berlaku dalam catatan sejarah negara.

Hari ini, Fahmi adalah antara 27 Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Setia Serta Sumpah Setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini. 

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selain turut dihadiri Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya mengenai tumpuan utama beliau dalam menerajui kementerian itu, Fahmi berkata ia termasuk isu akses Internet termasuk roll-out 5G dan capaian di luar bandar serta keselamatan data peribadi bagi menangani penipuan (scam).

"Saya juga akan menyelami dan menelusuri aspek-aspek bukan sahaja Jalinan Digital Negara (JENDELA), malah juga dana Universal Service Provisions yang perlu diguna oleh syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memastikan perkhidmatan dan capaian bagi telekomunikasi itu hingga peringkat kawasan desa dan kampung, itu antara keutamaan saya," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau, Fahmi berkata kerajaan yang ada bukanlah Kerajaan Pakatan Harapan yang Perdana Menteri boleh melantik sesiapa yang beliau ingini.

“Ini adalah sebuah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk secara bersama...dasar atau keputusan penting akan dibuat secara musyawarah, termasuk dalam isu pelantikan Jemaah Menteri. Ini satu perubahan penting bagi mengelak kesilapan yang berlaku dalam setiap pentadbiran sejak 2018, apabila pelantikan Jemaah Menteri sering kali dibuat bukan mengikut saluran pimpinan utama parti,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen Perdana Menteri bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan sekali-kali mencampuri urusan kehakiman dalam mana-mana kes. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar