web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencemaran Air Berbau, 2 LRA Dihenti Tugas Sementara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 3:03PM

Operasi LRA Semenyih dihentikan pada jam 11.15 malam, manakala LRA Bukit Tampoi, 2 pagi tadi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi dua Loji Rawatan Air (LRA), iaitu Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan sementara berikutan pencemaran bau sehingga empat ton yang dikesan di muka sauk Jenderam Hilir malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, operasi LRA Semenyih dihentikan pada jam 11.15 malam, manakala LRA Bukit Tampoi, 2 pagi tadi.

Katanya, bagaimanapun kedua-dua loji tersebut kembali beroperasi masing-masing pada jam 1.30 pagi dan 8 pagi tadi.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima maklumat pada jam 8 malam tadi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor berhubung pencemaran sungai berbuih di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan yang disyaki berpunca daripada pelepasan premis kilang di kawasan perindustrian berdekatan.

“Siasatan segera LUAS mendapati keadaan Sungai Batang Benar masih berbuih dan bau seakan sabun dikesan di lokasi berkenaan. Pemantauan statik LUAS di hilir Sungai Semenyih dan Sungai Buah mendapati keadaan normal dan tiada bau dikesan.

“Pensampelan bau yang dilakukan LUAS di Kampung Rinching Hilir di Sungai Semenyih juga mencatatkan kosong ton. Namun Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, pencemaran bau tersebut sehingga 4 ton dikesan di muka sauk Jenderam Hili pada jam 11 malam,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pemantauan statik LUAS pada jarak 1.5 kilometer (km) dari muka sauk Jenderam Hilir dipertingkatkan kepada setiap 30 minit bagi memantau rapi status pencemaran bau tersebut.

Katanya, berdasarkan pemantauan bacaan kosong ton direkodkan secara konsisten dan trend penurunan pencemaran bau di muka sauk Jenderam Hili juga dicatatkan bermula jam 12.30 tengah malam.

“Berdasarkan laporan Air Selangor, kedua-dua loji itu beroperasi semula selepas bacaan bau mencatatkan kosong ton secara konsisten sebanyak tiga kali pensampelan.

“Menurut Air Selangor, gangguan bekalan air adalah minima dan kawasan terlibat pulih sepenuhnya pada jam 9.30 pagi,” katanya.

Pada masa sama, Loy Sian berkata, kejadian pelepasan air berbuih di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan itu disyaki berlaku awal petang semalam ketika hujan lebat.

“LUAS sudah berhubung dengan JAS Selangor untuk tindakan susulan siasatan selanjutnya oleh pihak JAS Negeri Sembilan, berikutan lokasi insiden berada di luar kawasan negeri ini dan melibatkan kawasan perindustrian,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan, kerajaan Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras peruntukkan Enakmen LUAS 1999.

“Kerajaan Selangor dan LUAS menyeru kepada semua agar prihatin terhadap aktiviti yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air negeri terutamanya, selain melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada LUAS untuk diambil tindakan segera,” katanya. - Getaran, 2 Disember 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad