web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


17 Kematian, 1,737 Kes Baharu Direkodkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 12:25PM

Sebanyak 1,737 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam negara semalam dengan satu daripada membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,737 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam negara semalam dengan satu daripada membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Berdasarkan data laman sesawang KKMNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,953,723 kes setakat ini.

Sebanyak 17 lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan enam kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia adalah kematian tertinggi sejak kali terakhir direkodkan pada 14 April lalu dengan 18 kematian.

Jumlah kematian tertinggi direkodkan di Selangor dengan lima kes, diikuti dua kematian masing-masing di Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, satu kes kematian masing-masing berlaku di Negeri Sembilan dan Pahang.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,684 kes setakat ini dengan 7,808 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 24,960 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 92.2 peratus atau 23,018 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, tiada kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,848 orang atau 7.4 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 94 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 3,338 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,930,524 kes. - Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 37 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad