web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TNB Melaka Tebat Pencawang Elak Dinaiki Air Akibat Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 10:12AM

TNB memaklumkan pihaknya akan memastikan bekalan elektrik stabil sepanjang masa di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir yang dipindahkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menebat beberapa pencawangnya di kawasan berisiko banjir di Melaka Tengah bagi mengelak dinaiki air akibat bencana itu terutama ketika musim tengkujuh, kata Pengurus Besarnya Khairizam Ibrahim.

Beliau berkata antara pencawang yang selesai ditebat adalah di Taman Merdeka dan Sungai Putat di sini, yang sering dilanda banjir kilat walaupun hujan berlaku dalam tempoh singkat.

"Dua lagi pencawang di Alor Gajah juga dalam proses ditebat dan dijangka siap pada tahun depan bagi mengelak kerugian kira-kira RM50,000 bagi setiap pencawang jika dimasuki air.

"Proses menebat pencawang itu menggunakan cara melebarkan asas pencawang dan membuat dinding bagi mengelak banjir," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata TNB akan melaksanakan pemeriksaan lebih kerap ke atas pepasang di negeri itu terutama ketika berlaku hujan bagi memudahkan operasi mematikan bekalan elektrik jika bencana berlaku untuk memastikan keselamatan di kawasan sekitar terutama yang berpenduduk.

Katanya bagaimanapun, pihaknya akan memastikan bekalan elektrik stabil sepanjang masa di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir yang dipindahkan.

"Malahan di peringkat operasi TNB kita sediakan generator mudah alih jika diperlukan di mana-mana PPS yang terjejas dengan bekalan elektrik," katanya.- Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad