web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: 2 PPS Dibuka Di Daerah Sepang Malam Tadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 7:06AM

Banjir yang berlaku di kawasan berkenaan telah menjejaskan 10 buah rumah melibatkan 18 keluarga. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Dua  pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi berikutan Kampung Ampar Tenang dan Kampung Sri Tanjung di Daerah Sepang dinaiki air sejak petang semalam. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor melaporkan dua PPS di Dewan Taman Gemilang dan Dewan Orang Ramai di Dengkil menempatkan seramai 103 mangsa daripada 29 buah keluarga. 

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memaklumkan terdapat insiden ban pecah berlaku susulan hujan lebat di Kampung Ampar Tenang yang menyebabkan terdapat limpahan air daripada projek perumahan berhampiran. 

Katanya kejadian tersebut menyebabkan berlaku banjir dengan kedalaman air setinggi 1.22 meter yang menjejaskan 10 buah rumah. 

“Semua penghuni terdiri daripada 18 keluarga telah berpindah ke tempat selamat lebih awal dan pihak bomba terus membuat pemantauan serta membantu penduduk di lokasi,” katanya dalam kenyataan. 

Bernama sebelum ini melaporkan hujan berterusan sejak 2 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Sepang dekat sini dan Putrajaya dilanda banjir kilat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad