web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


152 ‘Bookie’ Ditahan Dalam Op Soga Piala Dunia 2022

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 8:57PM

Seramai 152 individu ditahan di seluruh negara selepas disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dan pertaruhan membabitkan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022, sejak 19 November sehingga semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 152 individu ditahan di seluruh negara selepas disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dan pertaruhan membabitkan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022, sejak 19 November sehingga semalam.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan tangkapan tertinggi dengan 38 individu, diikuti Johor (29), Pulau Pinang (18), Sarawak (15), Kedah (12), Negeri Sembilan (11), Kuala Lumpur (7), Sabah (6), Pahang (6), Melaka (4), Perak (3), Kelantan (2) dan Terengganu (1).

Menurutnya, semua tangkapan sudah direman untuk membantu siasatan lanjut.

“Setakat ini rampasan dibuat membabitkan nilai had kredit dalam perisian mencecah RM3.17 juta, rampasan wang tunai berjumlah RM113,140, selain matawang asing iaitu Dollar Hong Kong sebanyak 356,940 (RM205,999) dan Dollar Singapura 500 (RM1,642).

“Turut dirampas adalah tiga unit komputer, lima komputer riba, dua tablet, 151 telefon bimbit, dua router, 54 keping kad sim, 16 helai kertas catitan dipercayai taruhan dan 14 keping jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 6(3), Seksyen 6(1) dan Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953 serta Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan, berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani aktiviti perjudian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menyalurkan maklumat tersebut melalui Hotline WhatsApp Op Soga IX di talian 016-5773477,” katanya.

Tegas beliau, Op Soga IX dilancarkan untuk mencegah dan membanteras kegiatan catit taruh tanpa lesen  sepanjang kejohanan bola sepak piala dunia Qatar 2022 berlangsung.

“Ia juga bertujuan menangkap sindiket atau individu yang bertindak sebagai bookie atau punter, dan seterusnya mendakwa mereka di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad