Berita Terkini

6 jam yang lalu: Malaysia jadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC - Zambry 8 jam yang lalu: Nusantara punyai potensi besar untuk pelancongan Indonesia, Malaysia - Sandiaga Uno 8 jam yang lalu: Shahrir umum tidak pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru 8 jam yang lalu: Sultan Johor berkenan berkunjung ke kediaman rasmi Perdana Menteri 8 jam yang lalu: Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled

IKUTI KAMI


Tuduh PM Ejen Israel, Ustaz Hassan Disiasat 

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 4:50PM

Hassan Saad - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Baling, Ustaz Hassan Saad berhubung tuduhan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ejen Israel.

Perkara itu disahkan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin yang memaklumkan, pihaknya sudah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

“PDRM mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung tuduhan yang dilakukan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Hassan Saad terhadap Perdana Menteri sebagai ejen Israel. 

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah memberitahu, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada laporan polis dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini, susulan penularan klip audio di aplikasi WhatsApp.

Menerusi klip audio itu, seorang penceramah didakwa menuduh Anwar mendapat pertolongan Israel. – Getaran, 29 November 2022

Sorotan

1

PRN: UMNO Selangor Sudah Perhalusi Kerusi Ditandingi

2

Kemudahan Asas, Infrastruktur Daif Masih Jadi Isu Utama Di Sabah Kerana…

3

Lembaga Disiplin Hanya ‘Perhiasan’ Untuk Ahmad Zahid Kekal Berkuasa - Tun Faisal

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Mengamuk Di Sekolah Hanya Latihan Demonstrasi Keselamatan

Semasa 1 hari yang lalu

Pakej Jalur Lebar RM69 Berbaloi, Ringankan Beban Golongan Sasar

Semasa 18 jam yang lalu

Kemudahan Asas, Infrastruktur Daif Masih Jadi Isu Utama Di Sabah Kerana…

oleh Sofian Baharom

Semasa 9 jam yang lalu

Nusantara Punyai Potensi Besar Untuk Pelancongan Indonesia, Malaysia - Sandiaga Uno