web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Bukan Pengkhianat - MB Perak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 8:14PM

Saarani Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menolak dakwaan bahawa beliau bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH), bagi mengekalkan kedudukannya dan membentuk jajaran politik antara Barisan Nasional (BN) serta parti itu di Perak.

Membela diri daripada tuduhan kononnya beliau pengkhianat, Saarani yang juga Pengerusi BN negeri berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kerajaan Perak stabil dan ditadbir dengan baik, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, dakwaan pengkhianat dan komen negatif dilontarkan kepadanya, termasuk daripada PAS adalah tidak berasas kerana keputusan itu diambil demi kepentingan negeri serta rakyat.

“Apa yang paling penting bagi saya adalah dapat membuat keputusan betul dan tepat. Itulah yang saya percaya. Jadi mengapa kata saya pengkhianat? Saya tidak menyertai DAP, PH atau PKR.

“Saya dijemput untuk membentuk kerajaan Perak walaupun saya bersedia menjadi pembangkang. PH mempunyai 24 kerusi serta Perikatan Nasional (PN) mendapat 26, menjadikan jumlah keseluruhan 50 dan mereka mampu menjadi kerajaan yang kuat kerana mempunyai lebih daripada dua pertiga,” katanya kepada Mingguan Malaysia dalam wawancara baru-baru ini.

Isnin lalu, Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak, selepas PH bersetuju menerima BN sebagai rakan gabungan untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Gabungan kerusi dimiliki PH yang digabungkan dengan sembilan kerusi daripada BN, membolehkan kerajaan negeri berkenaan dibentuk.

Saarani berkata, jajaran politik baharu antara BN dan PH akan berkompromi dan mencari titik temu untuk membangunkan Perak.

Beliau menambah, beberapa persetujuan dicapai dalam kalangan anggota exco kerajaan negeri, dengan satu daripadanya berkaitan nama kerajaan negeri.

“Setakat ini, exco bersetuju menggunakan istilah ‘Kerajaan Negeri Perak’ berbanding istilah gabungan PH dan BN atau sebaliknya. Saya pasti kita boleh berbeza pendapat, tetapi perhatian harus diberikan kepada perkara yang melibatkan pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Saarani memberitahu, parti itu juga menolak sebarang kebimbangan yang timbul daripada kerjasama kedua-dua gabungan itu.

“Jika kita mula mencari perbezaan dan kesilapan, maka hasrat untuk membangunkan negeri tidak akan kesampaian. Jadi saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang membimbangkan,” tambahnya. - The Vibes, 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 4 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam