web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKS Johor Harap Terima Peluang Lebih Baik Di Bawah Kepimpinan Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 10:01AM

Walaupun Bazar Karat dibuka semula selepas empat bulan ditutup, jumlah pengunjung berkurangan kerana orang ramai masih berwaspada dengan COVID-19 dan ini menjejaskan jualan peniaga - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Penggiat perniagaan kecil dan mikro di Johor berharap kerajaan baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperkenalkan lebih banyak inisiatif untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memainkan peranan dalam membantu merangsang sektor ekonomi negara.

Bercakap kepada The Vibes, Pengerusi Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Bazar Karat JB, Fuad Rahmat berkata, sebarang rancangan untuk merancakkan sektor ekonomi tempatan perlu melibatkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan peniaga tempatan.

“PKS adalah sebahagian daripada ekonomi, (jadi) kita harap ada pakej khas akan diperkenalkan kerajaan untuk memperkasakan golongan ini.

“Pakej rangsangan ini harus dikaji dengan baik supaya ia meliputi semua peniaga, terutama dari segi pemberian pinjaman perniagaan patuh Syariah dan program keusahawanan bagi melatih serta meningkatkan kemahiran PKS ini,” kata peniaga berusia 44 tahun itu.

Fuad Rahmat berkata, sebarang rancangan untuk merancakkan sektor ekonomi tempatan perlu melibatkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan peniaga tempatan
Fuad Rahmat berkata, sebarang rancangan untuk merancakkan sektor ekonomi tempatan perlu melibatkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan peniaga tempatan

Beliau turut melahirkan harapan agar beban PKS dalam memohon dan mendapatkan dana serta bantuan untuk perniagaan mereka, mampu dikurangkan kerajaan baharu.

Fuad berkata, kira-kira 365 peniaga di bawah persatuannya terjejas teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan terus wabak COVID-19 kerana pasar malam popular di Johor Bahru itu, tidak dibenarkan beroperasi, sekali gus menyebabkan kebanyakan mereka kehilangan pekerjaan tanpa sumber pendapatan.

“Walaupun Bazar Karat dibuka semula selepas empat bulan ditutup, jumlah pengunjung berkurangan kerana orang ramai masih berwaspada dengan COVID-19 dan ini menjejaskan jualan peniaga.

“Kami berharap ahli politik di peringkat Persekutuan dan negeri mengambil berat nasib dihadapi peniaga di Bazar Karat di sini, memandangkan ia adalah antara lokasi tarikan pelancong paling popular dalam kalangan pelancong tempatan dan asing,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (Usahanita) Johor, A Suraya Ahmad Salleh berharap kriteria pembiayaan bagi PKS untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dapat dilonggarkan.

“Ya, kita akui kerajaan memperuntukkan geran untuk memperkasakan PKS, tetapi peluangnya agak terhad, jadi mungkin peruntukan perlu diperluaskan, manakala kriteria untuk perniagaan ini mendapat dana perlu dilonggarkan bagi memastikan lebih banyak pengusaha mendapat manfaat. daripada geran berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

A Suraya Ahmad Salleh berharap kriteria pembiayaan bagi PKS untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dapat dilonggarkan
A Suraya Ahmad Salleh berharap kriteria pembiayaan bagi PKS untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dapat dilonggarkan

Tambahnya, Usahanita sebagai sebuah NGO sentiasa menghulurkan bantuan kepada ahli perniagaan yang baru menubuhkan perniagaan mereka, bagi memastikan mereka kekal beroperasi, berdaya saing dan terus berkembang.

Usahanita juga meminta semua ahli perniagaan wanita di bawah persatuan itu mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bagi memastikan kesahihan perniagaan mereka dan berhak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan.

Anwar, pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri Khamis lalu berkata, keutamaan kerajaan baharu adalah untuk menangani peningkatan kos sara hidup, yang disifatkannya sebagai ‘mencengkam’ kehidupan rakyat.

Jabatan Perangkaan memaklumkan, kadar inflasi Malaysia bagi Oktober berada pada 4.0 peratus, lebih rendah sedikit daripada 4.5 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. – The Vibes, 27 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam