Berita Terkini

21 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Selangor Peruntuk RM1 Juta Demi Perkukuh Semangat Perpaduan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 5:44PM

Amirudin Shaari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan melaksanakan platform Duta Perpaduan Selangor (DPS) berperanan sebagai penggerak agenda serta mediator agar perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dapat diperkukuhkan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari berkata, inisiatif pertama kali dilakukan di negara ini akan diperluaskan dengan melantik DPS daripada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memastikan advokasi perpaduan dapat dijalankan secara lebih meluas di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, sebanyak RM 300,000 akan diperuntukkan secara khusus bagi melaksanakan program itu demi memastikan Selangor menjadi negeri yang terus utuh menyemarak semangat perpaduan dan kekal hidup harmoni. 

“Perpaduan adalah antara tunjang penting dalam usaha membina sebuah negeri yang maju, berdaya huni dan makmur. Selangor bukan sahaja negeri yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan agama, sebaliknya merupakan sebuah negeri ‘super diversity’ yang mempunyai aneka kepelbagaian. 

“Ini termasuk kepelbagaian penduduk yang bermigrasi daripada pelbagai negara dan negeri luar dari Selangor demi membina kehidupan sejahtera di sini. 

“Pada tahun ini, kerajaan negeri akan meneruskan dan menyemarakkan lagi agenda dan program demi mengukuhkan perpaduan di Selangor dengan semangat “Kita Selangor” untuk semua rakyat dengan peruntukan sebanyak RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Kerajaan Selangor akan melaksanakan platform Duta Perpaduan Selangor (DPS) berperanan sebagai penggerak agenda serta mediator agar perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dapat diperkukuhkan. - Gambar fail
Kerajaan Selangor akan melaksanakan platform Duta Perpaduan Selangor (DPS) berperanan sebagai penggerak agenda serta mediator agar perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dapat diperkukuhkan. - Gambar fail

Menyedari hakikat menggerakkan agenda perpaduan memerlukan pelaksanaan program advokasi dan kempen berterusan, Amirudin berkata, kerajaan Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM 300,000 untuk Geran Perpaduan “Kita Selangor”.

Jelas beliau, inisiatif itu adalah peruntukan khusus yang akan diberikan kepada agensi, persatuan serta gabungan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan aktiviti kempen berkaitan perpaduan. 

“Geran itu bertujuan untuk memastikan bahawa mesej dan juga advokasi berkaitan perpaduan dapat terus disampaikan kepada penduduk di negeri ini secara berterusan dan memberikan impak yang baik kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor akan menetapkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menambah kemudahan asas mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menggunakan peruntukan sewajarnya daripada keseluruhan hasil.

Menerusi Belanjawan 2023, katanya, Kad Iltizam Anak Istimewa Selangor (Kad AniS) yang akan menawarkan pelbagai faedah seperti subsidi yuran pendidikan, geran pembelian barang keperluan khas, bantuan pembelian barang asas, bantuan rawatan dan saringan kesihatan di samping baucar beli belah serta khairat kematian akan diperkenalkan.

“Bantuan Khas AniS akan diteruskan bagi memberi bantuan kepada anak-anak istimewa Selangor untuk pembelian alatan sokongan, ubat- ubatan dan bekalan nutrisi tambahan bagi menjaga kebajikan anak-anak syurga ini dengan peruntukan RM1 juta. 

“Pada tahun 2023, program ini dikembangkan dengan menawarkan tambahan manfaat berupa rawatan perubatan di hospital pakar yang akan membantu ibu bapa mempunyai anak OKU yang memerlukan rawatan kecemasan di hospital,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri juga akan mewujudkan Halal Suri dengan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi memberi peluang kepada suri rumah yang berpendapatan rendah memperoleh geran untuk mereka membeli peti sejuk dan modal permulaan perniagaan sebanyak RM3,000.

Katanya, sebanyak RM1.5 juta pula akan diperuntukan bagi pemerkasaan pusat kebajikan bagi memastikan pengurusan serta pengoperasikannya akan kekal lestari dan kondunsif.

“Di Selangor, persatuan dan NGO sangat aktif dalam melaksanakan kebajikan secara sukarela kepada kumpulan sasar masing-masing. Kerajaan negeri akan memantapkan usahasama dengan badan dan NGO untuk memberdaya golongan yang memerlukan serta memperkasa komuniti setempat melalui Program Kebajikan Usahasama. 

“Dengan kolaborasi dan sinergi antara kerajaan negeri dan badan serta persatuan ini, golongan sasar yang memerlukan akan menikmati manfaat bantuan. Sesungguhnya, komuniti disayangi dan disantuni adalah komuniti yang sejahtera. Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM 500,000 dalam pelaksanaan program ini,” katanya. - Getaran, 25 November 2022

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurangan Pencemaran, Penggunaan Plastik Tanggungjawab Semua Pihak

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 jam yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki