Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dr Zulkifli Titip Pesan Buat Anwar, ‘Berhati-Hati Dengan Penasihat Jahat’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 5:00PM

Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata individu yang berada di sekeliling pemimpin tersebut boleh menjatuhkan beliau demi kepentingan peribadi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan penasihat yang jahat (bitanah al-su') sebagaimana pesanan Rasulullah kepada golongan pemimpin. 

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, ini kerana individu yang berada di sekeliling pemimpin tersebut boleh menjatuhkan beliau demi kepentingan peribadi. 

Menurut beliau, Anwar juga diharapkan agar sentiasa menghargai pengorbanan dan perjuangan generasi serta pemimpin terdahulu yang mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Gambar fail
Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Gambar fail

"Malaysia adalah negara umat Islam yang dihormati dunia. Maka, andalah (Anwar) penerus dan penentunya. Peliharalah Islam di tanah air ini dengan sepenuh jiwa raga.

"Saya ucapkan tahniah dan semoga mampu menggalas tugas dan amanah yang berat ini. Bertakwalah kamu kepada Allah. 

"Pada pundakmu terhimpun segala beban amanah untuk membawa hala tuju Malaysia pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Zulkifli menggesa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama berlapang dada dengan keputusan dibuat Yang di-Pertuan Agong. 

Beliau yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, pelbagai pihak perlu menghentikan budaya memaki hamun dan tidak menjadikan masa ini untuk ‘membalas dendam’.

"Kepada yang belum berjaya, ia bukanlah penamat. Insya-Allah ada takdir lebih baik untuk mereka yang terus bersabar, ikhlas, dan istiqamah. 

"Malaysia tidak akan berjaya tanpa pembangkang yang bakal melakukan kerja semak dan imbang dengan teliti untuk masa depan lebih baik buat negara.

"Kepada rakyat Malaysia, inilah yang telah kita lalui pada PRU-15. Tarik nafas dan terima apa jua keputusan dengan lapang dada. Menang tidak megah, kalah tidak rebah," katanya. 

Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang semalam.
Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang semalam.

Bagi penyokong dan akar umbi parti yang sudah menjadi kerajaan, beliau meminta mereka meninggalkan sifat pembangkang dan harus matang menerima teguran daripada pelbagai pihak, terutama rakyat.

"Buat penyokong pembangkang, jadikan PRU-15 ini sebagai pemangkin untuk berusaha dengan lebih gigih. Anda juga menyumbang masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. 

"Bangkanglah dengan bijaksana, penuh insaf dan amanah demi negara," katanya. 

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang semalam.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Seri Paduka mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengenai proses melantik Perdana Menteri susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (19 November) lalu.

Menurut rekod, Anwar pernah menyandang beberapa jawatan dalam Kabinet iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pendidikan (1986 hingga 1991), Menteri Kewangan (1991 hingga 1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993 hingga 1998).

Anwar memulakan tugasnya secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Getaran, 25 November 2022

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Politik 7 jam yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im