web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Ikrar Galas Amanah Dengan Penuh Tawaduk, Bertanggungjawab’ - Anwar 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 6:54PM

Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, hari ini. - Gambar dari Twitter Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar menggalas amanah sebagai Perdana Menteri dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Beliau berkata, tugas berat itu akan dipikulnya berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan. 

“Amanah akan digalas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab. 

“Tugas berat ini akan saya pikul berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan,” ciapnya menerusi hantaran di Twitter diikuti tanda pagar #DemiPertiwi. 

Ciapan itu adalah hantaran pertama beliau di media sosial selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Anwar hari ini secara rasmi dilantik Perdana Menteri Ke-10, selepas mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Negara pada jam 5.06 petang tadi. 

Presiden PKR berusia 75 tahun itu yang mengenakan baju Melayu berwarna hitam lengkap bersamping rona emas dan bersongkok, mengangkat sumpah pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri. 

Keputusan tersebut diumumkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pagi ini. 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit. 

Menurutnya, ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad