web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Perdana Menteri Ke-10

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 1:33PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA UMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Keputusan tersebut dikeluarkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara, pagi tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan terbabit.

Menurut beliau, ini selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang hari ini di Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang, tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru beliau berkata, semua pihak diseru menghulurkan tangan antara satu dengan lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara.

Katanya, baginda menegaskan, negara ini umpama harta pusaka di mana pemimpin adalah pemegang amanahnya, perlu dijaga kerana ia bakal diwarisi generasi muda yang akan membawa negara terus ke mercu kejayaan.

“Seri Paduka juga berpesan kepada Perdana Menteri dan kerajaan baharu yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

“Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah kerajaan stabil untuk merancakkan landskap ekonomi dan pembangunan negara.

“Ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih turut diingatkan supaya mempamerkan soladiriti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Ujarnya lagi, Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan Raja-Raja Melayu dalam menyempurnakan tanggungjawab baginda selaku Raja Berperlembagaan yang berteraskan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda bagi pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan PRU-15 menerusi proses yang penuh cermat dan teliti serta pemerhatian yang mendalam.

“Seri Paduka Baginda memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah dan menyeru rakyat agar terus beristiqamah serta bertenang dan bersama mendoakan agar negara sentiasa diberkati, dirahmati dan di bawah lindungan, dijauhi dari sebarang bencana dan musibah,” katanya. - Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan