web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guan Eng Pula Mohon Maaf Kepada GPS, ‘Marilah Mulakan Permulaan Baharu’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 12:32PM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas Anthony Loke Siew Fook, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menjadi pemimpin kedua mewakili parti itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), hari ini.

Kenyataan maaf tersebut dibuat berkaitan beberapa kenyataan terdahulu pemimpin DAP yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak termasuk Abang Johari dan seluruh kepimpinan GPS.

“Saya mohon maaf atas kenyataan yang mungkin mengguris hati Premier Sarawak dan kerajaan GPS negeri Sarawak. Masa depan negara lebih penting.

“Marilah kita memulakan permulaan baharu untuk bekerjasama bagi memelihara kepelbagaian, keterangkuman dan perpaduan masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya serta melindungi Perlembagaan Persekutuan untuk manfaat semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anthony Loke - Gambar fail
Anthony Loke - Gambar fail

Permohonan maaf itu dibuat selepas pertemuan antara Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP semasa kunjungannya ke Kuching, Sarawak untuk bertemu Abang Johari di kediamannya hari ini.

Katanya, perbincangan antara mereka berlangsung dalam keadaan baik.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra.

“Saya memaklumkan kepada Abang Johari sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili parti untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya.

Turut hadir bersama Anthony Loke, Timbalan Premier Sarawak, Profesor Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Dalam kemelut kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), GPS mengumumkan memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, sesi menghadap oleh wakil GPS iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof di hadapan Yang di-Pertuan Agong, beliau berkata Agong menasihatkan supaya gabungan tersebut menyertai kerajaan perpaduan.

“Agong telah menyeru GPS untuk menyokong cadangan kerajaan perpaduan, dan itu adalah jalan terbaik ke hadapan untuk lima tahun akan datang.

“Kami akan membawa perutusan Agong kepada Pengerusi GPS Abang Johari dan pemimpin GPS yang lain,” kata Fadillah. - Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad