web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Netizen Bimbang Kandungan Video Tragedi '13 Mei' Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 7:00AM

Tragedi 13 Mei 1969. - Gambar Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Netizen semakin bimbang dengan peningkatan propaganda kebencian dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab yang menimbulkan ketegangan kaum dan agama, susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu lalu.

Ini terutamanya berkenaan maklumat palsu dan mesej berkisar rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969 yang disebarkan melalui video pendek di aplikasi TikTok.

Walaupun klip video itu dikongsi oleh rakyat biasa, ramai pengguna media sosial berkenaan  menunjukkan mereka sebagai penyokong Perikatan Nasional (PN).

Sesetengah pengguna mendakwa sekumpulan kanak-kanak di sekolah secara terbuka membincangkan mengenai bahaya menyokong kerajaan terdiri daripada DAP, dalam apa yang kelihatan sebagai hasil daripada indoktrinasi naratif palsu.

Bimbang dengan trend itu, rakyat Malaysia menggesa rakan senegara mereka supaya tidak terpengaruh dengan propaganda sebegitu dan mengekalkan keamanan yang sudah lama wujud di negara ini.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menerusi Twitternya meluahkan kebimbangan terhadap video TikTok yang memainkan isu 13 Mei.

"Inilah akibat apabila kita tiup api perkauman melampau hanya sebab nak raih undi. Kita tidak boleh biarkan sahaja,” katanya merujuk kepada video yang sebahagiannya memaparkan gambar parang dan seolah-olah individu terbabit mahu pergi berperang.

Pengguna Twitter Lim Jack Kin, sambil mengakui tragedi rusuhan 13 Mei sebagai ‘sebahagian daripada sejarah hidup kita’, berkongsi perasaan ngeri tentang pengalaman hampir meragut nyawa ahli keluarganya sendiri dalam kejadian itu kira-kira 53 tahun lalu.

"Ibu dan nenek saya hampir mati, terperangkap dalam pawagam selama berhari-hari. Lelaki di kawasan kejiranan ayah saya mengasah kayu selepas terdengar Salak South 'ditumbangkan'.

"Mereka masih kanak-kanak. 49 tahun kemudian pada PRU-14, mereka meminta kami untuk tidak keluar malam,” katanya.

Seorang lagi pengguna Twitter, Melissa Tiong mendedahkan bahawa peristiwa tragis 13 Mei telah meninggalkan kesan kepada neneknya.

"Nenek saya menjadi paranoid setiap kali musim pilihan raya kerana dia masih hidup dengan parut 13 Mei itu. 

“Saya selalu menenangkannya kerana saya fikir kita lebih matang sebagai masyarakat hari ini.

"Saya ingin terus meyakinkannya bahawa keadaan akan baik-baik saja. Tetapi sekarang saya sendiri tidak pasti,” katanya.

SKMM beri amaran tindakan tegas

Netizen merujuk kepada beberapa video berunsur perkauman yang muncul di Tik Tok, dan beberapa pengguna telah berkongsi kompilasi rakaman membimbangkan itu.

Pengguna Twitter Zulfadzli yang juga kolumnis portal berita tempatan yang menggunakan tweet handle @bumilangit, menunjukkan beberapa video yang memaparkan senjata maut seperti 'kerambit' (pisau melengkung) dan parang.

Meredakan kebimbangan itu, Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din mengeluarkan kenyataan memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap netizen yang membangkitkan sentimen kebencian dan kandungan provokasi.

Mohamad Salim berkata, SKMM akan terus memantau penyebaran maklumat palsu dan kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu raja (Royalty), agama (Religion) dan kaum (Race).

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Tambahnya, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga berkata, tindakan penguatkuasaan bersama polis akan diambil berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat. - The Vibes, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SKMM Keluar Notis Terhadap 4 Penyedia Perkhidmatan Komunikasi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air Kampung Iboi Segar Dalam Ingatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Satu Lagi Mayat Dijumpai Pagi Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa Mangsa Tragedi Kepala Air Reda Pemergian Anak Sekeluarga

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad