web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Petugas SPR Meninggal Dunia Di Pusat Pengundian Klang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 9:32PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia ketika bertugas di pusat pengundian Sekolah ACS Methodist di Jalan Raya Barat di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata mangsa yang juga lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dipercayai tidak sedarkan diri atas kenderaan bugi sewaktu bertugas di pusat pengundian tersebut.

“Pihak ambulans telah membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata hasil siasatan awal pihak polis serta keterangan isteri mangsa menyatakan bahawa lelaki berkenaan sebelum ini menerima rawatan sebagai pesakit jantung.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HTAR untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Hoong Fong turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh menggugat ketenteraman awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi