web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beberapa Kawasan Di Klang, Sepang Dilanda Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 2:47PM

Menurut beberapa siri ciapan di Twitter Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari awal pagi tadi, beliau melawat penduduk di Taman Melawis dekat Klang, yang terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat - Gambar Twitter @AmirudinShari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hujan lebat dan ribut petir sepanjang tengah malam menyebabkan beberapa kawasan perumahan di Klang, Shah Alam, Puchong dan Sepang dilanda banjir sehingga paras buku lali.

Menurut beberapa siri ciapan di Twitter Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari awal pagi tadi, beliau melawat penduduk di Taman Melawis dekat Klang, yang terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat.

“Jam 2 pagi saya di pam air Taman Melawis. Pam ini berfungsi dengan baik ketika ini tetapi taburan hujan yang tinggi menyebabkan air naik di kawasan perumahan.

“Arahan telah diberikan untuk bantuan segera kepada penduduk,” katanya.

Dalam ciapan berikutnya, Amirudin berkata, semasa lawatan itu, beliau disertai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan, pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran serta wakil persatuan penduduk.

“Projek tebatan banjir telah dimulakan namun menghadapi kesukaran. Saya akan berhubung dengan pihak Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Kawasan yang terjejas adalah dalam laluan KTM Komuter antara stesen Teluk Gadong, Teluk Pulai dan Klang.

Difahamkan, air banjir mula surut sekitar jam 7 pagi.

Sementara itu, di Shah Alam, penduduk di Taman Sri Muda dilaporkan mula berpindah sendiri berikutan ancaman peningkatan paras air di Sungai Klang.

Menurut Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim, beliau menerima laporan pintu air di Sri Muda tidak dibuka semasa hujan.

Izham menjelaskan jika pintu air dibuka apabila paras air di sebelah Sungai Klang masih tinggi hanya akan menyebabkan ‘back flow’ serta mengakibatkan limpahan air yang lebih kritikal ke kawasan perumahan.

“Buat masa ini pam air sedang digunakan dan ia berfungsi dengan baik.

“Pasukan Bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat) telah digerakkan ke semua lokasi yang dinaiki air,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu, di pekan Dengkil, Sepang, tali sungai Sungai Langat pecah menyebabkan air melimpah ke kawasan perumahan.

Dua kawasan terjejas teruk termasuk Kampung Cemperai dan Kampung Seri Tanjung menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Dengkil.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim berkata, pihaknya sedang memantau dan menyenaraikan kawasan yang dilanda banjir di seluruh daerah itu.

Menurutnya, selain Kampung Cemperai dan Kampung Seri Tanjung, beberapa kawasan lain turut dinaiki air seperti Kampung Sungai Buah dan Jenderam Hilir. - The Vibes, 17 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar