Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MPN Bidas Tindakan 70 Profesor Melayu, ‘Sejumlah Besar Sudah Pencen’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 8:13PM

Dr Raduan Che Ros berkata sejumlah besar individu dalam Gerakan Profesor Melayu G70 adalah mereka yang sudah bersara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Profesor Negara (MPN) mengkritik tindakan 70 profesor Melayu atau dikenali sebagai Gerakan Profesor Melayu G70 yang mengadakan sidang media khas untuk menyatakan sokongan mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Presidennya, Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros berkata, sejumlah besarnya individu dalam gerakan itu terdiri daripada mereka yang sudah bersara.

“Ketika ini MPN mempunyai lebih 3,000 ahli penuh yang juga Profesor dari universiti awam (UA) dan swasta serta lebih 7,000 Profesor Madya sebagai Ahli Bersekutu.

“Terdapat juga lebih 200 tokoh industri yang pakar dalam bidang masing-masing dipelawa menyertai MPN sebagai Ahli Kehormat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tindakan berkenaan.

“MPN menyedari terdapat gerakan menggelar kumpulan mereka sebagai Profesor Melayu G70 yang mengadakan sidang media khas untuk menyatakan pendirian mereka serta mengeluarkan satu deklarasi menyokong pihak tertentu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“MPN mendapati dari 70 orang yang menggelar diri sebagai Profesor Melayu G70 itu, terdapat sejumlah besar mereka sudah pencen,” katanya.

Dalam pada itu, Raduan turut menegaskan mereka yang sudah bersara tidak boleh menggunakan gelaran Profesor, kecuali dilantik sebagai Profesor Emeritus dan ahli kepada pergerakan tertentu.

“MPN juga ingin menyatakan pendirian untuk menghormati hak individu, termasuk Profesor mempunyai hak kebebasan bercakap dan bersuara, mengeluarkan pendapat dan buah fikiran serta berpersatuan selaras Perkara 10(1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai sebuah pertubuhan mewakili golongan ilmuwan tertinggi negara, MPN sentiasa beriltizam dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepakaran akademik ahlinya dalam setiap bidang, melalui saluran serta tatacara ditetapkan selaras dengan status sebagai Pemikir Negara,” katanya.

Terdahulu, jurucakap Gerakan Profesor Melayu G70, Profesor Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud berkata, Anwar satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk berteraskan Islam sebagai agama Persekutuan.

Malah katanya, Presiden PKR itu juga mempunyai kebolehan untuk memulihkan reputasi negara di mata dunia.

“Beliau bersama pasukannya dalam PH pada PRU-15 ini, merupakan pilihan terbaik untuk membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi masa kini kepada kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.

“Pada masa sama beliau juga dapat menjamin keutuhan agama Islam serta kepentingan Melayu dan pribumi,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya menggunakan hak dan tanggungjawab memilih pada PRU-15 dengan mengundi gabungan politik yang mendukung perpaduan nasional dan keadilan masyarakat. - Getaran, 16 November 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

Semasa 20 jam yang lalu

Pemain Tengah JDT Mangsa Ketiga, Kereta Safiq Rahim Dipecah Guna Tukul

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

Semasa 8 jam yang lalu

Akaun Instagram Keluar Kenyataan Simbah Asid Pemain Bola Adalah Palsu – Polis