web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Serang Penceramah Di Surau Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 6:53PM

Suspek dilaporkan berbuat demikian dengan menggunakan dua bilah pisau dan sebotol arak. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang bertindak menyerang penceramah di sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Johor semalam direman empat hari, sehingga 17 November ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat berhubung tindakan suspek, dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol, yang meluru masuk dan menyerang penceramah terbabit.

Katanya, suspek dilaporkan berbuat demikian dengan menggunakan dua bilah pisau dan sebotol arak.

“Tindakan suspek dapat dihalang jemaah lain, sebelum menghubungi polis. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menyampaikan ceramah, selepas solat Maghrib di surau berkenaan.

“Suspek berusia 38 tahun itu kemudiannya ditahan dan polis turut merampas dua bilah pisau dan sebotol arak digunakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fariz Ammar berkata, siasatan polis mendapati suspek adalah penganggur dan orang dikehendaki berkait kes dadah di kontinjen luar.

Namun katanya, saringan air kencing suspek didapati negatif.

Beliau memberitahu, siasatan polis juga mendapati suspek tiada motif lain dan hilang kawalan diri kerana mengambil alkohol secara berlebihan.

“Polis sudah merakam keterangan daripada saksi di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya. – Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar