Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hampir Seminggu Tergendala, Pengguna Lega LRT Kelana Jaya Kembali Beroperasi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 11:42AM

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dibuka semula bermula jam 6 pagi hari ini. - Gambar oleh Farah Deanna

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu mengalami gangguan perkhidmatan, 16 stesen transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang terjejas dengan masalah itu, dibuka semula kepada penumpang pada jam 6 pagi hari ini.

Di stesen KL Sentral, Pasar Seni dan Masjid Jamek, iaitu tiga daripada lokasi paling sibuk, menyaksikan penumpang bergerak pantas dengan tren tiba setiap selang tiga minit.

Tren itu sesak pada waktu puncak awal pagi, manakala polis bantuan di stesen terbabit bersiap sedia untuk mengawal penumpang.

Seorang anggota polis bantuan memberitahu The Vibes bahawa kebiasaannya keadaan lebih sesak pada pagi dan mungkin tidak ramai menyedari perkhidmatan LRT,  beroperasi semula.

“Kami mempunyai pegawai di setiap stesen untuk mengawal orang ramai hari ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna yang mahu dikenali Rachel, 31, berkata, sepanjang gangguan itu, dia melalui minggu sukar kerana terpaksa beratur berjam-jam untuk menaiki bas, sebelum akhirnya tiba ke rumah dari tempat kerja, tiga jam kemudian.

“Gangguan perkhidmatan tiba-tiba berlaku minggu lepas. Tetapi hari ini, perkhidmatan tren lebih baik berbanding hari-hari sebelum gangguan perkhidmatan.

“Terdapat polis mengawal orang ramai dan tren akan tiba setiap tiga hingga empat minit,” katanya.

Polis berada di stesen LRT untuk membantu mengawal penumpang. - Gambar oleh Farah Deanna
Polis berada di stesen LRT untuk membantu mengawal penumpang. - Gambar oleh Farah Deanna

Bagi Fatin Azira, 26, penggantungan sementara 16 stesen itu amat menyukarkan kerana pengguna terpaksa bergantung kepada perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.

“Saya dari Shah Alam jadi saya terpaksa menempah perkhidmatan Grab setiap hari semasa penggantungan perkhidmatan LRT. Dan memandangkan semua orang membuat tempahan pada masa sama, kenaikan tambang agak ketara,” katanya.

Katanya, dia mengetahui mengenai pengoperasian semula perkhidmatan itu melalui media sosial.

“Saya mendapat tahu mengenainya (sambung semula perkhidmatan) daripada pengumuman (Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr) Wee Ka Siong semalam.

Memandangkan kami akan mendapat pengangkutan percuma selama beberapa hari, saya memutuskan untuk menaiki LRT ke tempat kerja pagi ini,” katanya.

Sementara itu, Derwin, 34, berkata, dia teruja apabila mengetahui tren beroperasi semula kerana perjalanannya ke tempat kerja mengambil masa dua kali lebih lama semasa gangguan perkhidmatan.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pembukaan semula dua hari lebih awal laluan rel itu daripada dijadualkan, mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Tambahnya, walaupun perkhidmatan penuh disambung semula, PRASARANA akan terus memantau sistem rel bagi memastikan ia kekal stabil dan selamat untuk penumpang.

Rabu lalu, Rapid Rail mengumumkan bahawa 16 stesen antara laluan Kelana Jaya dan Ampang Park akan ditutup selama seminggu kerana isu teknikal, berikutan gangguan perkhidmatan selama dua hari.

Pada hari sama, Azharuddin berkata, punca sebenar isu itu masih belum dapat dipastikan dan krisis sistem kawalan tren automatik atau ATC di laluan Kelana Jaya, boleh menjadi yang pertama seumpamanya di dunia.

Manakala, hari berikutnya, Ka Siong mengesahkan bahawa Pusat Kawalan Operasi LRT dan wakil daripada pengeluar peralatan asal sistem rel, Thales Group telah menjalankan ujian ke atas perkhidmatan komuter yang digantung operasi.

Selain itu, pengendali Rapid Rail semalam mengumumkan pengguna akan diberi perjalanan percuma tujuh hari.

Katanya, pampasan akan dilaksanakan menerusi Pengguna My50, kaedah Touch N’ Go dan token mulai hari ini sehingga 20 November.

Pengguna My50 akan diberi tambahan perjalanan percuma selama tujuh hari apabila memperbaharui pas mereka setelah tamat tempoh.

Pembaharuan boleh dilakukan bermula 21 November hingga 20 Disember ini.

Bagi pelanggan pas My50 yang tamat tempoh di antara hari ini hingga 20 November, mereka boleh menggunakan pas seperti biasa tanpa sebarang caj tetapi perlu memastikan sekurang-kurangnya RM5 nilai tersimpan dikekalkan di dalam pas itu.

Semua pengguna perkhidmatan Laluan Kelana Jaya mulai hari ini hingga 20 November, layak untuk menikmati tambang percuma.

 Pengguna perlu ke mana-mana pejabat khidmat pelanggan di stesen LRT, transit aliran massa (MRT), Monorel dan bas rapid transit (BRT) untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala, dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen Laluan Kelana Jaya. – The Vibes, 14 November 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 11 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi