web statsweb stats

Berita Terkini

47 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 48 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Letupan Istanbul - Konsulat Jeneral Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 11:35AM

Ambulans berbaris ketika anggota polis Turkiye cuba mengawal satu kawasan beli-belah selepas letupan kuat menggegarkan Istiklal di Istanbul, pada 13 November. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia menjadi mangsa letupan bom di Istiklal Avenue Istanbul, yang mengorbankan enam nyawa dan mencederakan 81 yang lain setakat ini.

Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul Turkiye dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu.

“Pada masa kenyataan ini dibuat, belum ada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat kejadian itu dan Konsulat Jeneral yakin pihak berkuasa akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Konsulat Jeneral ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya peka dengan keadaan sekeliling dan mengelak daripada berada di tempat sesak di Istanbul buat masa ini,” menurut kenyataan Konsulat yang dikongsi menerusi akaun Twitter (@MWIstanbul).

Orang ramai yang menghadapi sebarang kecemasan boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di talian ; +90 2129891001/+90 5362896788/+90 5517112174/+90 55389879767 atau alamat e-mel, [email protected].

Pihak konsulat juga merakam ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka, dan berharap mereka yang cedera cepat sembuh.

Letupan yang berlaku kira-kira 4.20 petang (1320 GMT) itu mengorbankan enam nyawa dan mencederakan 81, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik naib presiden Turkiye Fuat Oktay sebagai berkata pada Isnin.

Sejumlah 39 daripada 81 yang cedera telah keluar daripada hospital.

Dalam perkembangan lain, Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu berkata seorang wanita yang meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan di Istanbul pada Ahad telah ditahan, lapor Sputnik, memetik penyiar awam TRT World.

Menurut Presidennya Recep Tayyip Erdogan, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam kejadian itu.

Soylu berkata bahawa “suspek kejadian itu telah ditahan”.

Siasatan  awal mendapati bahawa Kurdistan Workers' Party (PKK) dan tenteranya YPG, yang dikategorikan oleh Ankara sebagai organisasi pengganas merupakan dalang di sebalik kejadian, menurut Menteri Dalam Negeri.

Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdag berkata seorang wanita dilihat duduk di bangku di Istiklal, sebelum meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan di Istanbul pada Ahad, disyaki suspek utama kejadian itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Guna Segala Wahana Bela Palestin, Malaysia Sambut Baik Pendirian Turkiye

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Turkiye Setuju Tingkat Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Komuniti Dunia Perlu Desak Penghapusan Penduduk Gaza Dihentikan - Anwar

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Wow, Macam 'Movie' Lah Meletup Tu!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad