web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: Mangsa Di Melaka Meningkat, Kedah Menurun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 9:54AM

Jumlah mangsa banjir di PPS di Melaka terus mencatat peningkatan manakala Kedah merekodkan penurunan setakat 9 malam tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka terus mencatat peningkatan manakala Kedah merekodkan penurunan setakat 9 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Melaka dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa di dua PPS di Alor Gajah meningkat kepada 41 orang daripada 12 keluarga berbanding 37 orang daripada 11 keluarga, petang tadi.

PPS Balai Raya Kampung Gadek menempatkan 11 orang daripada enam keluarga manakala 30 orang daripada enam keluarga berlindung di Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal. 

"Kawasan terjejas banjir ialah Kampung Kuala Sungga Tebong, Kampung Orang Asli Hutan Percha, Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pengkalan Rama Pantai, Kampung Mata Kucing dan Tengkera," menurut kenyataan itu.

Di PERAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Matang Merbau, Sungai Tinggi di Trong di daerah Larut, Matang dan Selama dibuka pada 3 petang dengan menempatkan 10 orang daripada satu keluarga dari Kampung Permatang Kerian Sungai Tinggi.

Di KEDAH, dua lagi PPS iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik di Kulim dan PPS Surau Batu 18 di Bandar Baharu ditutup petang tadi menjadikan jumlah mangsa banjir menurun kepada 187 orang daripada 43 keluarga, setakat 8 malam.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam kenyataan berkata tiga PPS masih dibuka di Kulim iaitu Surau Taman Sang Kancil yang menempatkan 84 orang daripada 19 keluarga, Masjid Sungai Seluang (76 orang, 16 keluarga) dan SK Sri Limau (27 orang, lapan keluarga).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir setakat 7 malam adalah 809 orang daripada 265 keluarga di lima PPS di Pasir Mas dan satu di Tanah Merah, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan hanya satu sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Rantau Panjang dengan merekodkan bacaan 9.95 meter.

Di SELANGOR, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ketika Pilihan Raya Umum ke-15.

“Bomba akan bersedia berdasarkan keadaan cuaca seperti air hujan bertakung atau kenaikan paras air. Kita akan gunakan aset seperti bot dan lori pengangkut untuk sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya juga akan memberi fokus kepada beberapa lokasi titik panas banjir antaranya Hulu Langat dan Sri Muda, Shah Alam.

Di TERENGGANU, Timbalan Pe­ngarah Operasi Angkatan Pertahanan Awam Terengganu Mohd Hafiz Asikin berkata daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut dikenal pasti berisiko tinggi dilanda banjir pada Monsun Timur Laut kali ini.

Beliau berkata 30 lokasi paling berisiko turut dikenal pasti antaranya Air Puteh, Seberang Tayor dan Bukit Mentok di Kemaman, Pasir Raja dan Kuala Jengal di Dungun serta Kampung Lubok Periuk di Hulu Terengganu.

“Bagi membantu penduduk, kita telah menempatkan 187 stesen pemantauan banjir, tujuh kamera dan 21 siren yang akan memberi amaran apabila air su­ngai mencecah paras bahaya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad