web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan LRT: Wee Ka Siong Tidak Tolak Kemungkinan Sabotaj

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 4:44PM

Wee Ka Siong (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PRASARANA, Mohd Azharuddin Mat Sah (dua dari kanan) pada sidang media hari ini. - Gambar dari Facebook Wee Ka Siong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).

Wee berkata beliau telah berbincang dengan PRASARANA Malaysia Bhd (PRASARANA) pada Rabu lepas untuk melihat punca masalah itu secara menyeluruh dan bukan hanya terhad kepada aspek teknikal.

"Setakat ini, disebabkan masalah sistem dan signal. Bagaimanapun, kerajaan dan PRASARANA telah ambil keputusan untuk melantik syarikat perunding bebas WSP yang disegani di peringkat antarabangsa untuk menjadi konsultan bagi melihat semua aspek termasuk apa yang dinyatakan (unsur sabotaj)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PRASARANA, Datuk Ridza Abdoh Salleh mendakwa terdapat kemungkinan punca gangguan perkhidmatan bagi LRT laluan Kelana Jaya disebabkan unsur sabotaj.

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari hingga 15 November ini, membabitkan 16 stesen dari stesen Kelana Jaya hingga Ampang Park.
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari hingga 15 November ini, membabitkan 16 stesen dari stesen Kelana Jaya hingga Ampang Park.

Pada 8 November, Rapid Rail memaklumkan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan dan terpaksa dihentikan berpunca daripada sistem kawalan tren automatik (ATC) yang menyebabkan kehilangan signal antara pusat kawalan dengan tren.

Keesokannya, PRASARANA mengumumkan sebahagian perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari hingga 15 November ini yang membabitkan 16 stesen dari stesen Kelana Jaya hingga Ampang Park.

Gangguan itu telah menjejaskan kira-kira 200,000 pengguna yang terpaksa beralih kepada kaedah pengangkutan lain bagi urusan harian serta menyaksikan trafik di ibu kota semakin sesak terutama pada waktu puncak.

Wee Ka Siong pada sidang media bersama pasukan teknikal.
Wee Ka Siong pada sidang media bersama pasukan teknikal.

Wee berkata punca yang dikenal pasti kepada gangguan ialah Vehicle Control Centre (VCC) dan Signalling Management Centre (SMC).

Beliau berkata modem dan peranti untuk bekalan elektrik telah ditukar malah penggunaan peralatan diagnostik pengilang asal (OEM) daripada Thales Group telah membuktikan sistem kembali stabil setakat ini.

Dalam pada itu, Wee berkata Lembaga Pengarah PRASARANA telah meluluskan peruntukan RM150 juta untuk menggantikan sistem kawalan tren automatik selepas insiden pelanggaran LRT laluan Kelana Jaya pada 24 Mei.

Beliau berkata proses perolehan sedang berjalan dan memerlukan 30 bulan mengikut perancangan yang bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menjamin keselamatan pengguna. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 24 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar