web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Produk Minuman Nutri Malt Keluaran Carlsberg Tiada Sijil Halal - JAKIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 6:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk minuman jenama Nutri Malt keluaran syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad tidak memiliki dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Menerusi perkongsian di Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM memaklumkan ia bertepatan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2022 klausa 6 (2) yang menyatakan: “Syarikat yang mengeluar dan/atau mengedar produk halal dan tidak halal termasuk perkhidmatan penghantaran makanan tidak layak memohon pensijilan halal Malaysia.”

Sehubungan itu, JAKIM menyarankan umat Islam memilih produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana ia bukan sahaja dijamin halal tetapi toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Pengguna boleh membuat semakan status halal produk atau premis makanan beserta panduan penuh di Portal Rasmi Halal Malaysia, aplikasi SmartHalal dan aplikasi Verify Halal.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan dan inginkan penjelasan berkaitan isu halal yang tular boleh melayari laman Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki menunjukkan minuman itu dijual di sebuah kedai serbaneka 24 jam dan diletakkan di dalam peti sejuk bersama minuman yang memiliki logo halal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad