web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Berterusan Di Pantai Timur, Selasa - MET Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 4:52PM

Hujan berterusan diramalkan berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula Selasa ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan kategori kuning bermula Selasa hingga Jumaat depan.

Jurucakap MET Malaysia berkata, hujan lebat berterusan itu diramalkan berlaku di keseluruhan Kelantan dan Terengganu, serta tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.

Turut diramalkan berdepan cuaca sama adalah daerah Mersing, Johor.

“Amaran hujan berterusan kuning (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. 

“Keadaan tersebut dijangka berterusan bermula 8 (Selasa) hingga 11 November (Jumaat) ini,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap berkenaan memberitahu, penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang di pantai timur Semenanjung pada 8 hingga 11 November.

“Pada masa sama, negeri-negeri di pantai barat Semenanjung iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Sarawak dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya. - Getaran, 6 November 2022


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi