web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Ismail Sabri Masih Poster Boy Jawatan PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 2:11PM

SD yang ditandatangani adalah untuk tidak lompat parti kata Ismail Sabri. - Gambar dari Facebook Ismail Sabri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan bahawa beliau masih calon Perdana Menteri dan keputusan itu kekal setakat ini, sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada media selepas menyerahkan kertas pencalonannya di sini, penyandang kerusi Parlimen Bera itu berkata, beliau masih ‘poster boy’ untuk jawatan Perdana Menteri dan tiada tekanan kepada calon untuk memberi mandat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membentuk kerajaan.

Terdahulu, timbul dakwaan berhubung surat dikatakan wajib ditandatangani calon bagi menyokong Ahmad Zahid dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kami menandatangani SD untuk tidak lompat parti. Sehingga kini belum ada keputusan sebaliknya. Keputusan itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO.

“Dan 156 daripada 190 bahagian mencalonkan saya sebagai calon Perdana Menteri. Tiada perubahan,” kata Ismail Sabri.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perbincangan mengenai jawatan itu terlalu awal buat masa ini.

“Saya kena menang kerusi Parlimen Bera dulu, baru kita boleh fikir mengenai Perdana Menteri. Lebih penting, parti mesti menang supaya kita boleh membentuk kerajaan.

“PRU-14 saya menang di Bera tetapi parti kalah dan saya jadi Ketua Pembangkang. Yang bertanding di Bera bukan Ismail Sabri tetapi BN,” katanya.

Namun, beliau optimis dengan peluang BN pada PRU-15.

“Saya yakin menang dan BN yakin menang. Saya rasa kita boleh menang lebih banyak dan kita boleh jadi parti dominan di Parlimen.

“Saya rasa mood rakyat adalah untuk kita,” katanya sambil menambah rakyat masih menyokong BN.

Merujuk kepada Bajet 2023 yang akan dipulihkan sekiranya BN menang, beliau berkata, ia adalah belanjawan terbaik yang memfokuskan kepada setiap segmen masyarakat.

“Komuniti luar bandar, bandar, petani, nelayan, peniaga ... semuanya diwakili dalam bajet ini,” katanya.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, tiada kemenangan yang mudah untuk diraih.

“Kita tidak boleh leka. Saya mungkin yakin tetapi jentera saya juga perlu bagus,” kata Perdana Menteri yang mempertahankan kerusinya di Parlimen Bera untuk penggal kelima.

Pada PRU-15, Ismail Sabri berdepan tentangan daripada Naib Pengerusi PKR Bera, Abas Awang Yaakob dan Asmawi Harun (Perikatan Nasional).

Manakala, pada PRU-14, Ismail Sabri menang dengan majoriti 2,311 undi menentang Zakaria Abdul Hamid dari PKR dan Musaniff Ab Rahman (PAS). - The Vibes, 5 Nov 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad