web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: KJ Ingatkan Rakyat Jangan Alpa, Terus Berjaga-Jaga Elak Jangkitan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 6:03PM

Khairy Jamaluddin mengingatkan semua pihak agar terus mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengelakkan penularan COVID-19, termasuk memakai pelitup muka di kawasan sesak dan tertutup - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan semua pihak agar terus mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengelakkan penularan COVID-19, termasuk memakai pelitup muka di kawasan sesak dan tertutup.

Malah, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beliau menasihatkan semua pihak untuk mengambil langkah pencegahan itu, selain segera membuat ujian pengesanan COVID-19 sekiranya mengalami gejala berkaitan.

Menurut calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh itu, walaupun kesan majoriti jangkitan COVID-19 tidak serius ketika ini, kes terbabit tidak boleh terlalu tinggi kerana akan memberi kesan kepada pesakit berisiko tinggi.

“Bila kes jangkitan meningkat, kemungkinan ia menjangkiti warga emas serta mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan jika ini berlaku, jumlahnya akan meningkat.

“Mereka mungkin menghadapi gejala lebih teruk berbanding orang muda atau tiada masalah kesihatan.

“Disebabkan itu, beberapa langkah perlu diambil, termasuk saya amat menggalakkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak, terutama tertutup. Ini langkah terbaik mencegah peningkatan dari segi kebolehjangkitan COVID-19 sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Program Kesedaran Gelombang Baharu COVID-19 di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Malaysia (PERHEBAT) di Kem Sungai Buloh di sini, hari ini.

Khairy berkata, rakyat harus ingat bahawa negara masih dalam fasa peralihan dan walaupun vaksin berkesan bagi melindungi diri daripada gejala serius, jangkitan masih boleh berlaku.

“Mesti kita ingatkan diri kita sebab sudah berbulan-bulan kita alami keadaan terkawal dan kembali ke kehidupan normal, jadi saya terpanggil untuk mengingatkan rakyat,” katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, sekiranya golongan berisiko tinggi, berusia dan mempunyai masalah kesihatan didapati positif virus terbabit, mereka perlu dibawa segera ke klinik kesihatan untuk rawatan.

“Jadi tiada sebab pesakit COVID-19 mengalami gejala teruk atau terpaksa dimasukkan dalam hospital atau ICU. Kita ada segala rawatan untuk COVID-19 sekarang ini, iaitu pil anti virus.

“Bagi mereka berumur 50 tahun ke atas, saya sangat menggalakkan supaya mendapatkan dos tambahan vaksin untuk meningkatkan lagi tahap imuniti sebab sekarang ini, kita lalui gelombang jadi lebih baik kita berhati-hati,” katanya.

Ditanya berhubung keperluan calon PRU-15 mengisytiharkan harta mereka, Khairy berkata, pengisytiharan harta seumpama itu dibuat semasa lantikan ke Jemaah Menteri.

Jelasnya, beliau sendiri sudah mengisytiharkan harta ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan perkara tersebut dipaparkan di laman web suruhanjaya berkenaan.

“Di waktu saya dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kerajaan lepas, memang melalui pengisytiharan harta dan jumlah aset saya pun ada dalam laman web SPRM,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung pencalonannya di Sungai Buloh, Khairy berkata, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh berjumpa pengundi di kawasan berkenaan.

“Banyak perkara saya akan sentuh dalam manifesto saya di Sungai Buloh yang bakal dilancar minggu depan,” katanya.

Berhubung lawatannya di PERHEBAT hari ini, beliau berharap dapat menjalankan kerjasama dengan perbadanan itu bagi memperluaskan lagi peluang pekerjaan untuk pesara tentera, jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh. - Getaran, 4 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad